suria

Heboh gosip bercinta, Noki tampil ulas status hubungan dengan Ezzanie Jasny

Noki jawab gosip cinta dengan Ezzanie.

DIGOSIPKAN sedang hangat bercinta dengan pelakon Ezzanie Jasny, penyanyi Noki K-Clique tampil menjelaskan status hubungan mereka.

Menurut Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 30, dia dan Ezzanie hanya berkawan rapat dan bukanlah sedang bercinta seperti diperkatakan netizen.

Kata Noki, buat masa ini dia selesa bersahabat dengan aktres drama I Love You Stupid itu.

noki1 - 1

Tular video Noki dikatakan keluar 'dating' dengan Ezzanie.

"Maaf saya tidak mahu bercakap tentang soal ini (gosip cinta). Kami hanya berkawan dan tidak mempunyai sebarang hubungan.

"Saya malas untuk mengulas lanjut tentang perkara ini. Ya benar video tular itu adalah foto terbaru kami tetapi kami hanya berkawan dan saya tidak pernah memberitahu yang kami sedang bercinta," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Noki jujur masih 'single and available', idam wanita miliki ilmu agama... Ada sebab tak mahu cinta artis!

ARTIKEL BERKAITAN: Noki sedang perbaiki diri, impi wanita berpurdah jadi isteri... Target kahwin 2 tahun lagi

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok Ezzanie memuat naik video dia dan Noki meluangkan masa bersama dengan kapsyen 'Lepak dengan kawan gaduh je'.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen membuat spekulasi mendakwa pasangan itu sedang hangat bercinta dan turut merestui hubungan itu.

Sebelum itu, menerusi temu bual bersama media, Noki mengakui kini dalam proses mengenali seorang wanita dan berharap dapat mendirikan rumah tangga memandangkan usianya sudah menginjak 30 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia