PENYANYI legenda Datuk Yusni Hamid mengimbau kenangan berpeluang mengajar Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris. Cerita Yusni atau nama sebenarnya Aisah Mohd Shariff, 72, ketika itu Siti diminta untuk menyanyikan lagu bahasa Inggeris bagi menghiburkan tetamu termasuklah Raja Permaisuri Agong iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Al Marhum Tengku Abdul Rashid dalam satu majlis yang berlangsung pada awal tahun 2000. "Saya teringat Siti satu ketika dahulu... sewaktu itu dia tidak pernah menyanyi lagu bahasa Inggeris tapi Tengku Fauziah mahu Siti menyanyi lagu Inggeris. Yusni masih aktif membuat persembahan nyanyian. "Saya ajarlah dia menyanyi bahasa Inggeris. Saya ajar dia menyanyi dan dia buatkan rambut saya (sewaktu belum berhijab)," katanya kepada mStar. Yusni berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal yang diadakan di Hotel Traders, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam pada itu, Yusni turut memuji Siti dan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang penghibur berbakat besar. ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan masalah anxiety sejak kecil, Haziq Rosebi lebih selesa pakai cermin mata hitam atas pentas ARTIKEL BERKAITAN: Khabar gembira selepas pulang umrah, Siti Nurhaliza terima pelawaan Mahalini untuk berkolaborasi Malah, sehingga kini hubungan mereka masih lagi akrab sehinggakan penyanyi itu memanggilnya dengan panggilan ibu. "Saya akui dia seorang penyanyi yang berbakat. Sampai sekarang Siti memanggil saya sebagai ibu. "Sewaktu saya membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 baru-baru ini, dia ada juga mencari saya. Dia memang sangat baik," ujarnya. Saya ajar dia menyanyi dan dia buatkan rambut saya (sewaktu belum berhijab). DATUK YUSNI HAMID PENYANYI Ditanya amalan dan petua yang dilakukan untuk kekal sihat dan masih mampu menyanyi dengan baik, Yusni mengakui tiada sebarang petua yang boleh dikongsi. Kata Yusni, kelunakan suaranya itu merupakan anugerah selain mempunyai pengalaman lebih dua dekad menyanyi di kelab malam. "Saya tiada rahsia awet muda tetapi dari dulu saya sukakan kesederhanaan. Zaman saya menyanyi dulu mana ada kelas vokal, mungkin ia adalah anugerah yang diberikan secara semula jadi. Lagi pun saya bukan menyanyi genre rock. "Mungkin juga disebabkan pengalaman menyanyi di kelab malam selama 20 tahun sedikit sebanyak membantu nyanyian saya," katanya. Yusni bersama Asmidar (kanan) dan Haziq (kiri) bakal beraksi di Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal. Dalam perkembangan lain, Yusni bakal muncul dalam konsert Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada 2 Mac depan. Selain Yusni, Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal turut menampilkan penyanyi Haziq Rosebi dan Asmidar untuk turut sama menghiburkan peminat pada malam konsert. Tiket sudah pun mula dijual bermula dengan harga RM218 sehingga RM498. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!