PENYANYI Noraniza Idris jarang berpeluang dapat melibatkan diri dalam persembahan amal bagi membantu mereka yang memerlukan. Noraniza, 55, berkata ramai pihak penganjur takut untuk mendekati dia kemungkinan bimbang tentang bayaran yang perlu mereka keluarkan. "Sebenarnya ini adalah pertama kali orang mengajak saya untuk terlibat dalam konsert amal. Khabar itu disampaikan juga oleh orang-orang yang menghubungi saya. Noraniza dikatakan susah terlibat dalam konsert amal. "Macam ada penganjur sendiri hubungi saya memang mereka akui susah nak hubungi saya atau mereka tidak hubungi saya terus untuk panggil saya buat persembahan bagi membantu artis lain," katanya kepada mStar. Kongsi Noraniza, dia pernah tertarik untuk melibatkan diri dalam sebuah program amal namun disarankan untuk menghubungi pihak penganjur itu sendiri. Bagaimanapun dia berasa malu untuk melakukan perkara tersebut selain tertanya-tanya mengapa dirinya tiada peluang untuk berbuat kebaikan. "Saya tak rasa terkilan, cuma tertanya-tanya kenapa mereka tidak panggil saya sekali untuk adakan persembahan amal ini. ARTIKEL BERKAITAN: Rasa dikhianati peminat, Noraniza Idris lebih fikirkan diri sendiri selepas ditipu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noraniza Idris alami kemurungan ditipu penganjur, boleh jadi histeria sebut fasal Konsert Malai Solo "Saya ada juga tanya macam mana nak terlibat dalam konsert amal ini, tapi mereka cakap saya kena hubungi penganjur itu. "Tapi malulah saya nak hubungi penganjur... jadi saya anggap ada rezeki itu ada lah," katanya. Menurut Noraniza, terdapat segelintir penganjur berpendapat genre yang dibawanya kurang sesuai untuk dijadikan persembahan di tempat-tempat tertentu. Bagi saya boleh saja asalkan kena cara mereka menyampaikan mesej amal. NORANIZA IDRIS PENYANYI Namun dia sentiasa berbesar hati untuk melibatkan diri dalam mana-mana program amal malah bersedia untuk memberi persembahan terbaik pada acara itu. "Mungkin mereka anggap persembahan amal ini tidak sesuai untuk saya yang membawa lagu irama Malaysia. "Mereka mungkin juga anggap persembahan ini bukan rate saya. Tapi bagi saya boleh saja asalkan kena cara mereka menyampaikan mesej amal itu," ujarnya. Sementara itu, Noraniza juga teruja apabila dirinya menjadi salah seorang peserta yang bakal membuat persembahan pada Konsert Malam Amal Lagenda bakal berlangsung pada 3 Mac depan di Hotel Whyndam Klang Selangor. Antara artis yang terlibat dari kiri Bob Sentuhan, Man Kidal, Datuk Hattan dan Ifa Raziah. Dia juga berjanji akan memberi persembahan terbaik buat semua penonton yang hadir pada konsert berkenaan. "Bila diberi peluang ini saya sangat bersyukur kerana diberi laluan dan ruang untuk beramal sambil menghiburkan. "Insya-Allah... bukan persembahan amal yang saya berikan tetapi saya akan bawa jugalah saya punya tim penari saya untuk sama-sama menghiburkan mereka yang menyumbang dalam konsert ini," kongsinya. Hasil jualan tiket konsert berkenaan bakal diberikan kepada artis-artis yang memperlukan seperti Uji Rashid, Shima, Tokki, Zaiton Sameon dan Lord Ella & The Boy. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!