PELAKON Alya Iman sudah menjangka dengan kecaman netizen susulan babak berunsur seksual lakonan bersama Shukri Yahaya menerusi drama Layang-Layang Perkahwinan. Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 23, berkata, sebagai pelakon dia hanya menjalankan tugas selain mengikut arahan diberikan oleh pengarah. "Saya peka dengan kecaman yang bakal terima tapi saya hanya buat kerja saja. "Sebelum melakonkan babak berkenaan saya ada bertanya betul ke nak lakukan babak ini dan bila mereka kata betul saya ikut saja. Gandingan Alya dan Shukri jadi bualan ramai. "Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan mengikut arahan tapi semua orang kata soft porn, tapi mana sebenarnya babak itu?," katanya kepada mStar. Alya menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui pada siang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Isnin. Berkongsi lebih lanjut, Alya berkata dia takut untuk membuka media sosial selepas babak panas berkenaan menjadi bualan ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Babak tarik tangan Alya Iman dalam bilik air buat peminat kecewa, Shukri Yahaya mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: Imej manis bertudung sudah tiada, Alya Iman post gambar raya tak lagi berhijab Dia bagaimanapun menganggap kecaman itu sebagai perkara biasa malah percaya ia bagus untuk kerjayanya sebagai pelakon. "Saya siap cakap dengan pengarah yang saya takut nak buka media sosial tapi biasalah kecaman itu mestilah ada. "Saya bukannya kalis kecaman sebab kita manusia biasa yang ada perasaan tapi bergantung kepada kritikan diberikan. Saya tak kisah apa orang nak labelkan saya. Itu hanya sekadar watak saja. ALYA IMAN PELAKON "Sekarang ini kena kecam mengenai kejaya, jadi saya percaya sudah berjaya bawa watak itu. Tak teruk pun (kena kecam) tapi bagus untuk saya," ujarnya. Dalam pada itu, Alya juga tidak kisah sekiranya dicop sebagai penyondol gara-gara wataknya kerana percaya orang terdekat lebih mengenalinya. "Saya tak kisah apa orang nak labelkan saya. Itu hanya sekadar watak saja. Paling penting rakan-rakan dan orang terdekat tahu diri saya yang sebenar macam mana," luahnya. Alya sudah biasa dengan kecaman netizen. Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan adegan Shukri yang sedang mandi sebelum didatangi Alya yang masuk ke dalam bilik air. Shukri yang tidak mengenakan baju kemudiannya bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman. Layang Layang Perkahwinan arahan Eyra Rahman turut menampilkan barisan pelakon seperti Ezzanie Jasny, Keith Foo, Datin Nina Juren, Arash Mohamed dan ramai lagi. Drama ini ditayangkan sudah ditayangkan sejak 8 Januari lalu dari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!