SETELAH lama berteka teki, pelakon Ezzanie Jasny akhirnya menjelaskan status hubungannya dengan penyanyi Noki K-Clique. Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 25, berkata, Noki antara lelaki yang rapat dengannya namun hubungan itu tidak lebih daripada sekadar rakan biasa. "Kawan, kami hanya kawan. Tak lebih daripada itu. Masih kenal hati budi tambahan pula hubungan kami pun baru sahaja, tiada declate apa-apa lagi. "Dia kawan lelaki yang paling rapat dengan saya," katanya kepada mStar. Noki dan Ezzanie kerap kongsi foto bersama di media sosial. Ezzanie menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui pada siang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Isnin. Berkongsi mengenai perkenalan dengan penyanyi berkenaan, Ezzanie memberitahu mereka saling mengikuti di Instagram selepas bertemu di set penggambaran I Love You, Stupid. Tidak hanya itu, Noki juga merupakan kenalan kepada sepupunya membuatkan mereka mudah menjadi akrab. ARTIKEL BERKAITAN: Heboh gosip bercinta, Noki tampil ulas status hubungan dengan Ezzanie Jasny ARTIKEL BERKAITAN: Dulu hanya ‘extra‘ lalu lalang, influencer Ezzanie Jasny tak sangka dapat peluang jadi heroin Akasia! "Dia pernah datang set penggambaran sekali dan kami menyapa di situ. Kemudian dia ikuti saya di Instagram. Dia pun rapat dengan sepupu saya," ujarnya. Kata Ezzanie, mereka belum berbincang lebih lanjut mengenai arah hubungannya namun menganggap Noki sebagai seorang yang memahami dirinya. Kami tak kisah apa yang netizen nak fikir terpulang pada mereka. EZZANIE JASNY PELAKON Menurut Ezzanie, dia juga tidak kisah tentang pandangan netizen mengenai hubungan mereka malah tidak menolak sekiranya mempunyai jodoh dengan penyanyi berkenaan. "Kami tak ada bincang apa-apa sebab memang kami berkawan, dia seorang yang sekepala dengan saya. "Kami tak kisah apa yang netizen nak fikir terpulang pada mereka," ujarnya. Ezzanie akui selesa berkawan dengan Noki. Sebelum ini, tindakan Ezzanie memuat naik video dia dan Noki meluangkan masa bersama dengan kapsyen 'Lepak dengan kawan gaduh je' di TikTok mengundang spekulasi peminat. Susulan daripada itu, rata-rata netizen membuat spekulasi mendakwa pasangan itu sedang hangat bercinta dan turut merestui hubungan itu. Malah menerusi temu bual bersama media, Noki mengakui kini dalam proses mengenali seorang wanita dan berharap dapat mendirikan rumah tangga memandangkan usianya sudah menginjak 30 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!