ANAK sulung kepada pelakon Shima Anuar terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami muntah dan batuk sejak Isnin. Shima, 33, berkata doktor yang merawatnya memaklumkan anaknya iaitu Marian Sophia dijangkiti kuman pada paru-paru. "Saya bawa Sofia pergi hospital pagi ini. Doktor kata anak saya terkena jangkitan paru-paru. Shima kongsi keadaan anaknya ketika di hospital. "Bila doktor buat x-ray baru nampak ada kuman dekat paru-paru dia," katanya ketika dihubungi mStar. Kata Shima, awalnya dia menganggap batuk yang dialami Sophia adalah suatu perkara biasa kerana anaknya kerap melakukan aktiviti renang. Namun keadaan kesihatan anaknya itu kurang baik membuatkan Shima bimbang dan segera membawa ke hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar timang cahaya mata ketiga, anak pertama paling ‘happy’ dapat adik lelaki lagi ARTIKEL BERKAITAN: Hamil luar rahim, Shima Anuar hilang banyak darah selepas pembedahan gugur kandungan "Mulanya dia batuk-batuk tapi nampak tak teruk sebab selalu berenang dekat rumah. "Tapi malam tadi dia muntah-muntah dan demam itu yang saya bawa ke hospital," luahnya. Dalam pada itu, Shima memberitahu anaknya itu mungkin akan ditahan di hospital buat sementara waktu sehingga keadaannya benar-benar stabil. Shima bersama suaminya, dan tiga orang cahaya mata. "Dia mungkin akan berada di wad selama dua tiga hari lagi sebab doktor masih perlukan rawatan rapi dari doktor. "Tapi buat masa sekarang doktor masih belum sarankan apa-apa rawatan lagi," kongsinya. Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih pada April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 5, Mikhael Iman, 4, dan Harris yang kini berusia enam bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!