JEJAKA asal Perancis berjaya membuka hati penyanyi Nikki Palikat selepas hampir dua tahun bercerai dengan komposer Audi Mok. Nikki atau Nicolette Louise Palikat, 39, berkata, perkenalan mereka bermula selepas dia mendapatkan rawatan kiropraktik daripada jejaka berkenaan yang merupakan pengamal perubatan alternatif. "Saya sekarang dalam perhubungan yang serius. Sudah dua tahun kami kenal dan saya gembira dengan hubungan ini. Anak turut merestui cinta Nikki dan lelaki Perancis. "Dia merupakan seorang pengamal perubatan kiropraktik dan saya pernah menjadi pesakitnya. Daripada situlah kami mula kenal dan rapat," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nikki berkata, teman lelakinya itu tidak mengetahui dia adalah seorang penyanyi pada awal perkenalan mereka sehinggalah didedahkan oleh salah seorang kenalan mereka. Nikki juga tidak menolak kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 43 tahun itu sekiranya ada jodoh. ARTIKEL BERKAITAN: Nikki Palikat dedah sudah bercerai dengan komposer Audi Mok ketika pandemik, sorok status kerana ia perkara menyakitkan ARTIKEL BERKAITAN: Aksi ‘slide’ di separuh akhir ASGV buah hasil, simpan persembahan bukan strategi Nikki Palikat "Lepas tiga bulan bercinta baru dia tahu saya seorang penyanyi... Dia bukan warganegara Malaysia, jadi mestilah dia kurang ambil tahu mengenai industri hiburan tempatan. "Saya tak tolak jika ada jodoh. Saya juga mahukan anak jika ada rezeki," jelasnya. Sementara itu, Nikki memberitahu anak lelakinya iaitu Liam, 14, turut menerima baik kehadiran lelaki berkenaan sebagai teman hidupnya. Nikki memberitahu dia juga mula mengikuti kelas bahasa Perancis bagi memudahkan komunikasi bersama kekasih hati. Nikki sedang belajar bahasa Perancis. "Anak saya sudah masuk usia remaja dan dia faham dengan situasi perpisahan ibu bapanya. Saya pun sudah jelaskan kepada dia tentang hubungan sekarang ini dan anak terima baik. "Saya juga ambil kelas bahasa Perancis supaya lebih senang kami berkomunikasi. Dia juga sepatutnya ambil kelas bahasa Melayu tapi masih belum ada kesempatan," ceritanya. Untuk rekod, Nikki dan Audi mendirikan rumah tangga pada Jun 2009 namun mengumumkan penceraian pada Jun 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!