suria

[V] Semua pekerjaan bermula dari sekolah, Naim Daniel bengang influencer anggap SPM tiada ‘value’

GERAM dengan kenyataan segelintir pempengaruh bahawa sekolah tidak penting, penyanyi Naim Daniel tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Sebaliknya kata Naim, 27, dia tidak mahu generasi muda terikut-ikut dengan kenyataan tersebut kerana dalam apa jua pekerjaan ilmu adalah nombor satu.

“Saya sebenarnya rasa seram sebab sejak kebelakangan ini banyak orang buat podcast tentang itu.

NP-25Naim merupakan komposer single terbaharu Elly Mazlein berjudul Sayap.

“Kita tak nak lahirkan generasi tak mahu menimba ilmu. Sebab saya rasa apa-apa jenis pekerjaan nak jadi wartawan ke artis ke kena ada ilmu dan ia bermula dari sekolah.

“Bukan senang-senang boleh kata pergi sekolah tu kosong kecuali orang tu memang malas di sekolah,” katanya pada mStar.

Naim ditemui ketika pelancaran single baharu penyanyi Elly Mazlein berjudul Sayap di R Studio, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan benci golongan LGBT tapi Naim Daniel cuma kongsi fakta sebenar... “Saya juga pendosa”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga saling mengenali... Wanita satu industri pilihan Naim Daniel, sasar kahwin sebelum umur 35 tahun

Penyanyi lagu Purnama itu berpendapat, sepatutnya perlu ada tapisan dalam membincangkan sesuatu isu dalam podcast terutamanya tajuk yang sensitif.

Malah kata Naim, adalah lebih baik jika memanggil seseorang yang mempunyai ilmu tentang isu yang ingin dikupas.

Mengakui cerita negatif lebih mendapat tumpuan, Naim merasakan perkara itu perlu dielakkan kerana risau netizen akan pukul terhadap rata artis-artis di Malaysia.

Bukan senang-senang boleh kata pergi sekolah tu kosong kecuali orang tu memang malas di sekolah.

NAIM DANIEL

PENYANYI

"Ditambah pula kehidupan selebriti sering diperhatikan dan beri pengaruh kepada generasi muda, saya berpandangan artis mahupun pempengaruh hendaklah berikan contoh yang baik pada masyarakat," ujarnya.

Terdahulu, Naim membidas kenyataan pempengaruh yang merasakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting di aplikasi X.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan Naim malah berpendapat kebanyakan podcast diadakan sejak kebelakangan ini tidak membincangkan isu ilmiah sebaliknya mengangkat topik tidak masuk akal demi meraih populariti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain