PENYANYI dan pengacara Elly Mazlein tidak mudah melatah apabila dilihat sering menenggelamkan rakan hos apabila mengacarakan sesebuah program televisyen. Elly atau mesra disapa Kak Lina, 44, berkata, perkara itu boleh dielakkan menerusi perbincangan ketika sesi membaca skrip selain tidak mengamalkan sikap syok sendiri ketika mengendalikan sesuatu rancangan. “Itu sebabnya kita jangan shaking! dan jangan ilusi seorang diri. Kita kawan-kawan sepatutnya boleh berbincang sebab ada bacaan skrip, jadi jangan syok sendiri sebab bukan show kau tapi sama-sama. Elly ketika sedang menyanyikan single terbaharunya Sayap. “Jangan ilusi macam saya nak lebih ke apa tidak. Kena ingat rancangan itu syarikat punya dan ingat kita ada kerja dan buat sebaik mungkin. “Jangan syok sendiri sampai menganiaya orang lain, itu salah dan jangan rasa tercabar sebab kita sama-sama cari rezeki,” katanya kepada mStar. Elly berkongsi perkara itu ketika sesi pelancaran single terbaharunya berjudul Sayap yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu. Menjadikan Rina Rose sebagai contoh, Elly berkata, keserasian mereka mengendalikan Big Stage musim kelima terbentuk kerana perasaan ikhas dalam mencari rezeki selain tahu tanggungjawab masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja” ARTIKEL BERKAITAN: “Kurang ajar kau ni!” - Elly Mazlein ‘naik angin’ netizen biadab pertikai program Gegar Vaganza, minta pakai tudung Elly memberitahu dia juga tidak kisah jika ada pihak mahu memboikot dirinya disebabkan pendiriannya itu kerana percaya rezeki sudah disusun untuknya. “Saya mudah, kalau nak gaduh fasal rezeki saya akan keluar sebab untuk apa (bergaduh)? Malu tau orang Islam gaduh fasal rezeki. “Tapi terpulang pada masing-masing, saya tak sebut nama sesiapa cuma jangan rasa tercabar dengan saya. Jangan rasa tercabar sebab kita sama-sama cari rezeki. ELLY MAZLEIN PENYANYI DAN PENGACARA “Lebih baik bersatu daripada bercerai. Saya nak cakap kalau nak bahagia dan kerja dalam keadaan tenang, jangan cipta masalah sehingga orang lain jadi mangsa,” katanya. Bercakap tentang Sayap, Elly meluahkan rasa teruja impian melancarkan single terbaharu terlaksana selepas hampir 17 tahun. Lebih bermakna, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro turut mewujudkan saluran sementara (pop-up) Elly Mazlein di saluran 111 selama 48 jam bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024. Elly di sidang media pelancaran single terbaharunya Sayap. Ia bagi membolehkan peminat meneroka dunia seni Elly dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik Sayap, temu bual eksklusif dan momen di sebalik tabir. "Saya sangat gembira berkongsi Sayap dengan para peminat setelah sekian lama berada di dalan industri muzik tempatan. "Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat. "Saya berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!," katanya. Sayap adalah ciptaan komposer dan penulis lirik Naim Daniel, Omar K dan Iqie Hugh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!