PELAWAK Achey berdepan detik cemas apabila tayar kereta yang dinaikinya pecah semasa dalam perjalanan ke Kerteh, Terengganu pada malam Sabtu. Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, bagaimanapun bersyukur apabila pekerjanya yang memandu kenderaan jenis Mercedes Benz itu berjaya mengawal keadaan dengan baik. "Saya dekat Kuantan tengah bawa laju juga. Tayar meletup! Habis spotrim apa semua. Melayang-melayang. Achey kongsi keadaan keretanya sebaik kejadian tayar pecah. "Pekerja saya dalam mood kawalan," katanya di Instagram miliknya. Menurut Achey, semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Segamat, Johor ke Kerteh kerana terdapat urusan perniagaan. Selain dia bersama pekerja, anaknya iaitu Tiara turut berada di dalam kenderaan berkenaan dan sedang tidur ketika itu. ARTIEKL BERKAITAN: Dituduh tiada ‘job’ punca berniaga gula-gula, Achey pegang rezeki datang daripada Allah ARTIKEL BERKAITAN: Achey kena ‘prank’ dengan isteri sendiri, terkejut dapat kunci Mercedes Benz "Tiara ada tengah tidur... saya sebenarnya dari Kerteh ke Segamat dan dari Segamat patah balik ke Kerteh dalam masa satu hari," ujarnya. Dalam pada itu, Achey juga menanggap kejadian tersebut sebagai satu teguran Allah kepada dirinya. "Kadang-kadang Allah bagi nikmat dalam kegembiraan. Tapi kadang-kadang ujian pun nikmati juga. "Ada benda yang aku buat silap... ada benda yang aku lupa tentang Allah SWT... saya tak tahu cuma terdetik macam itu," luahnya. Usaha mStar untuk mendapatkan perkembangan terkini pelawak berkenaan tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak berjawab. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!