suria

[V] Hamil anak kedua berbeza, Shila Amzah dilayan bak puteri... Ubai pun berdepan ‘morning sickness’

Shila teruja berkongsi pengalaman hamil anak kedua.

TERUJA menyambut kehadiran cahaya mata kedua, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia dan suaminya iaitu Ubai berkongsi alahan yang sama sepanjang tempoh kehamilan.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata dia tiada permintaan pelik ketika hamil namun berasa teruja kerana berdepan situasi 'morning sickness' bersama suami.

Cerita Shila, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, terlebih dahulu dapat mengesan dirinya sedang hamil namun dia menafikan perkara itu kerana memikirkan komitmen kerja yang sedia ada.

"Alhamdulilah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama kongsi alahan morning sickness itu.

shila2 - 1

Shila dan Ubai sama-sama mengalami morning sickness.

"Sebelum dapat tahu yang saya sedang hamil sebenarnya Ubai boleh rasakan terlebih dahulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan. Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tetapi saya menafikan kerana memikirkan banyak kerja yang harus diselesaikan.

"Selepas disahkan hamil, Ubai pula yang kena morning sickness terlebih dahulu. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan kerana tidak boleh drive," katanya kepada mStar.

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi Amylea Azizan dan Ash yang diadakan di Bizmilla Wedding Hall, Subang pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis hampir setiap hari, Shila Amzah sampai tak boleh bangun daripada katil akibat 'morning sickness'

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 4 hari tak dapat tidur, Shila Amzah dedah alami anxiety... Enggan dihantui trauma masa lalu

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti muntah-muntah kerana bimbang menganggu pita suara.

Menurut Shila, sebagai seorang penyanyi dia perlu menjaga vokal dengan baik dan cuba untuk mengelakkan diri daripada kerap muntah.

"Saya perlu menjaga vokal dan muntah adalah satu hal yang tidak baik untuk penyanyi kerana ia boleh merosakkan pita suara sekiranya kerap muntah dengan teruk.

Selepas disahkan hamil, Ubai pula yang kena morning sickness terlebih dahulu.

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Disebabkan itu saya cuba untuk menahan diri daripada muntah seperti menggunakan minyak angin atau makan makanan masam bagi mengelakkan daripada termuntah," ujarnya.

Shila turut berkongsi menerima layanan bak puteri daripada suaminya dan memberitahu ia satu pengalaman berbeza berbanding sewaktu melahirkan anak pertama iaitu Seth Uwais.

Malah, Ubai turut menitip pesan supaya menjaga emosi dan mengabaikan perkara negatif yang boleh menganggu tempoh kehamilannya.

"Masa saya hamilkan Seth (anak pertama) dulu pengalamannya berbeza kerana saya lebih banyak uruskan diri sendiri tetapi sekarang ini saya ada ramai kawan-kawan dan suami pun sangat membantu.

shila1 - 1

Shila masih aktif bekerja biarpun sedang hamil.

"Boleh dikatakan kehamilan kali ini saya dilayan bak puteri dan ia merupakan idaman setiap wanita.

"Saya lebih relaks dan suami memang pesan apa saja yang boleh membuatkan saya stres, dia suruh saya tinggalkan semua itu.

"Sebelum ini seperti yang semua tahu saya mengalami macam-macam dugaan dan suami pesan sekarang kami perlu fokus untuk perkara yang lebih penting," jelasnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Masih Aku Cinta ini mendedahkan sewaktu menyertai program realiti Famili Duo musim ketiga baru-baru ini, dirinya sudah disahkan hamil.

Bagaimanapun, Shila dan Ubai mengambil langkah berdiam diri dan menunggu masa yang sesuai sebelum memaklumkan berita gembira ini secara umum.

"Sebenarnya sejak menyertai Famili Duo tempoh hari saya memang sudah hamil tapi disebabkan banyak dugaan yang berlaku ketika itu, saya dan suami mengambil keputusan untuk merahsiakan dahulu tentang kehamilan ini.

shila3 - 1

Shila dan Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

"Hanya team produksi yang tahu perkara ini kerana ia melibatkan kerja saya. Lagi pun kami tidak mahulah war-warkan terlalu awal dan menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi kepada semua," jelasnya.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023.

Sebelum itu, Shila juga pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain