LEBIH 40 bintang antarabangsa bersama artis tempatan bakal menghiburkan peminat menerusi penganjuran sulung Festival Supalapa yang akan diadakan pada 2 dan 3 Mac depan. Festival yang dijadualkan berlangsung selama dua hari di Resorts World Awana, Genting Highlands ini menampilkan bintang antarabangsa terkenal termasuk Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic dan Notep. Festival Supalapa bakal menyaksikan lebih 40 bintang antarabangsa membuat persembahan. Penonton akan turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan seperti Yuna, Saixse, Kidd Santhe dan ramai lagi. Festival Supalapa ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi pengunjung boleh menikmati pelbagai keseronokan termasuk pengalaman di Wrestling Ring, Bali Swing, Carnival Games dan Silent Cinema. ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura sold out ARTIKEL BERKAITAN: Ramai penganjur jauhkan diri, Noraniza Idris teruja terlibat dalam konsert amal buat kali pertama Menurut wakil pihak penganjur Maestro Production dan Prodigy 1 Nation iaitu Parthiban Murugaiya, festival ini akan menjadi penanda aras pesta hiburan di Malaysia yang akan dinantikan setiap tahun. “Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival. “Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa," katanya. Untuk info, Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi acaranya Maestro Productions telah melaksanakan pelbagai konsert yang berjaya dan ‘sold out’ di seluruh dunia termasuk Eropah, Kanada dan Asia. Ini adalah festival muzik pertama mereka di Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!