PENYANYI Tom mendedahkan dia mempunyai selera pelik sepanjang hamil anak keempat apabila gemar makan limau berserta kulitnya sekali. Menurut Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, sebelum ini dia tidak begitu menyukai buah tersebut, namun kali ini seleranya berubah. "Sebelum hamil tak ada pula saya terfikir nak makan limau dengan kulit sekali tetapi tiba-tiba hari itu tengah makan limau dan saya cuba kunyah kulit, tak sangka sedap juga. "Sejak daripada itu bila saya bila limau saya akan makan dengan kulit-kulitnya sekali. Entah kenapa sepanjang hamil saya jadi obses dengan limau. Tom akui mempunyai habit pelik ketika hamil. "Saya suka bau-bau limau dan pewangi di rumah saya pun berbau limau. Malah kulit limau juga saya letak pada wajah buat ala-ala facial macam tu," katanya ketika dihubungi mStar. Sebelum itu, Tom memuat naik video dirinya menikmati buah limau yang dimakan sekali dengan kulit. Kata Tom, dia tidak mengetahui mengala tiba-tiba suka dengan kulit limau yang dirasakan enak dan manis. "Saya rasa kulit limau itu manis. Tak tahulah sebab hamil ke apa. Ibu mengandungkan pelik-pelik sikit. ARTIKEL BERKAITAN: Muntah-muntah setiap kali makan... Tom alami alahan teruk, serik tak mahu hamil lagi ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam liar tapi Tom sama seperti isteri lain buat kerja rumah, jaga suami... "Pandai-pandai netizen cop saya" "Fuad (suami) dan anak-anak cakap kulit limau tu pahit tapi saya rasa manis saja, sedap," jelasnya sambil tertawa. Berkongsi perkembangan terkini, Tom memberitahu dia masih menerima banyak tawaran nyanyian namun akur dirinya sudah tidak mampu untuk menyanyi kerana sedang sarat menunggu hari bersalin. Kata peserta Famili Duo musim ketiga itu lagi, semasa membuat persembahan di Slim River, Perak baru-baru ini, dia hanya mampu menyanyikan dua buah lagu sahaja dan selebihnya dinyanyikan oleh suaminya iaitu Fuad Rahman. Tiba-tiba hari itu tengah makan limau dan saya cuba kunyah kulit, tak sangka sedap juga. TOM PENYANYI "Minggu lalu saya masih ada show dan sepatutnya saya menyanyikan empat buah lagu. Saya ingatkan saya masih larat tetapi baru dua lagu saya rasa seperti tidak mampu menyanyi lagi. "Mujur ada Fuad, jadi dua lagu lagi itu digantikan oleh Fuad. Buat masa sekarang saya sudah berhenti sekejap untuk membuat show walaupun banyak sebenarnya tawaran yang diterima," jelasnya. Berkongsi mengenai kandungan, Tim memberitahu dia sedang membilang hari dan bayi dijangka akan dilahirkan di Kuala Lumpur. "Sekarang ini saya sedang menunggu hari untuk melahirkan. Insya Allah saya akan bersalin di Kuala Lumpur dan tak balik kampung pun. Tom teruja melahirkan cahaya mata bersama Fuad. "Lagi pun ini merupakan anak keempat saya dan banyak juga perkara yang saya sudah biasa lakukan sendiri. Saya juga akan dijaga oleh bidan yang sudah kami upah," katanya. Untuk rekod, Tom mendirikan rumah tangga dengan Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 45, pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!