TIDAK lagi berselindung, pelakon Fathia Latiff kini dilihat terbuka berkongsi momen sedang bersiar-siar bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Osaka Jepun. Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, lelaki tidak diketahui identitinya itu dilihat berbual mesra dengan aktres berkenaan menggunakan bahasa Sepanyol. Menerusi ruangan kapsyen, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, turut meluahkan rasa rindu kepada jejaka berkenaan. Fathia masih lagi berada di Jepun ketika ini. "Rindu boo saya," katanya. Perkongsian Fathia bagaimanapun menjadi bualan netizen kerana aktres itu dilihat tidak memahami perbualan yang disampaikan oleh lelaki berkenaan. Malah, rata-rata netizen meminta Fathia tidak memperdaya peminatnya di Malaysia dengan mengakui lelaki tersebut sebagai kekasihnya. Tidak hanya itu, ada juga yang mendedahkan di negara Jepun ada menyediakan perkhidmatan menyewa teman lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut netizen Fathia Latiff kongsi foto pipi dicium lelaki mat salih, siap tulis kapsyen ‘hati’ ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak sakit!” - Fathia Latiff tolak bantuan, kasihan keluarga tanggung malu "Mamat itu cakap panjang lebar tapi dia jawab apa khabar saja? Dia ingat orang Malaysia tak faham ke cakap Spain? "Acah sangat, kemon lah kita orang dulu tengok Rosalinda (drama Mexcio) kot. "Cuma nak beritahu dekat sana (Jepun) teman lelaki boleh sewa. Boleh teman bawa pergi jalan-jalan. Entah-entah dia sewa," antara komen netizen. Sebelum ini, Fathia berkongsi foto lelaki berkenaan mencium pipinya. Perkongsian foto mesra Fathia sebelum ini bersama lelaki dikatakan kekasih. Tidak mengulas lanjut mengenai perkongsiannya itu, Fathia hanya menulis kapsyen pendek dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'Hati'. Dia juga berkongsi foto bersama seorang jejaka lain dengan kapsyen 'just married' atau sudah berkahwin sehingga menimbulkan tanda tanya netizen. Sejak minggu lalu nama Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi. Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut 'berperang' dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie. Bukan itu sahaja, Fathia turut mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!