PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Suraya Borhan selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 4.05 petang, Jumaat. Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Menerusi perkongsian di Instagram, Suraya, 41, meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran itu dipermudahkan. Suraya bersama suami dan anak sulungnya. “My Little hero is here! Syukur Ya Allah dipermudahkan segalanya. “Berkat atas segala usaha & penantian. Dikurniakan zuriat kedua penyejuk hati mommy daddy. “Lengkap sepasang. Alhamdulillah, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh,” tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Penantian tujuh tahun Suraya Borhan berakhir - “Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan” ARTIKEL BERKAITAN: Shuib on time ke konti, belanja sarapan setiap hari... Suraya kongsi sejarah gelaran Prof Soneb Sebelum itu menerusi Instastory, Suraya sempat berkongsi video menikmati makan malam bersama rakan penyampai iaitu Sharifah Shahira. Malah dia juga sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Asia perlawanan di antara Malaysia dan Korea Selatan pada malam Khamis. Suraya sempat meluangkan masa bersama Sharifah Shahira sebelum bersalin. Untuk rekod Suraya dan suaminya iaitu Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama diberi nama Janna Safya pada 27 Mac 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!