PELAWAK Shuk Sahar terkejut apabila disahkan menghidap anxiety atau serangan panik sejak hujung tahun 2023. Berkongsi mengenai perkara itu, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, berkata dia mula mengesan penyakit itu selepas merasakan tubuhnya seperti terkena serangan jantung ketika sedang memandu. "Baru kena anxiety hujung tahun lepas, lepastu saya dah kena sampai tahap panic attack. Shuk rasa seperti sudah di hujung nyawa sewaktu diserang panic attack. "Dah lima kali kena panic attack, teruk sampai tak boleh memandu sehingga kena parking tepi jalan. "Waktu itu saya tak boleh beza simptom anxiety atau serangan jantung, sebab tiba-tiba rasa macam nak mati," katanya ketika dihubungi mStar. Susulan simptom itu, Shuk telah membuat ujian elektrokardiogram (ECG) sebanyak tiga kali, namun doktor memberitahu jantungnya berada dalam keadaan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Rekod program live tanpa kebenaran, karier penyampai radio Shuk Sahar ‘bungkus’ di hari raya pertama ARTIKEL BERKAITAN: Zaman lagha dah berakhir... Umrah buat hati Shuk Sahar tenang, pupuk sikap sedekah Sementara itu, pelawak berkenaan tidak menolak punca utama berlakunya serangan panik tersebut kerana tidak menjaga kesihatan. "Saya orang tak bersenam, hisap pod (rokok elektronik), makan makanan berminyak serta makan waktu tengah malam. "Jadi perkara itu buat saya risau adakah saya terkena serangan jantung, itu yang saya sampai buat tiga kali ujian ECG tapi syukur jantung okay dan minta jauhlah," katanya. Shuk kini aktif menjadi panel dalam sebuah show podcast di Youtube. Bercakap perkembangan kesihatannya, Shuk berkata doktor menyarankan dia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan. Selain daripada itu, Shuk turut mengamalkan minyak bidara sebagai salah satu alternatif untuk mencegah daripada serangan anxiety. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!