MELIHAT lambakan pelbagai content yang dihasilkan di media sosial pada hari ini membuatkan penyanyi Shiha Zikir terpanggil untuk menasihati peminatnya agar tidak mudah percaya setiap perkara disampaikan. Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, sesetengah kandungan yang dihasilkan boleh memberi kesan kepada individu sehingga boleh mendorong kepada masalah tekanan mental. "Ada beberapa yang saya kenali terkesan dengan kandungan di media sosial. Mereka rasakan tidak berjaya apabila melihat content yang mempamerkan kekayaan atau kebahagiaan. Kesannya sehingga boleh menggangu kesihatan mental. Shiha harap pengguna media sosial faham mesej yang ingin disampaikan. "Sebab itu saya nasihatkan supaya tidak mudah terlalu percaya atau taksub dengan setiap content tersebut. Mereka yang mempamerkan content sebegitu tidak salah cuma yang menonton ini perlu berhati-hati. "Tidak semua content yang ditunjukkan itu adalah benar. Ada yang sekadar rekaan semata-mata," katanya kepada mStar. Prihatin dan tidak mahu perkara sebegini terus menjadi serius, Shiha cuba menyampai satu mesej dalam lagu terbaharu berjudul This & That. ARTIKEL BERKAITAN: Lagu masuk AJL38, Shiha Zikir hairan pencapaian sering dipertikai... “Mungkin orang ingat saya terpaling popular” ARTIKEL BERKAITAN: Fobia naik pesawat punca tolak persembahan di Indonesia, Shiha Zikir takut kapal terbang terhempas di laut Kata Shiha, menerusi lagu ini juga dia cuba mendidik orang ramai supaya sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu yang diinginkan tanpa mudah terpengaruh dengan media sosial. "Mereka yang menonton video di media sosial mudah rasa kagum sedang tidak tahu di dunia maya ini banyak perkara hanya rekaan. Sebab itu saya cuba sampaikan satu mesej dalam lagu baharu ini. "Saya tidak mahu orang ramai mudah terkesan dengan media sosial. Sebalik kita harus berusaha sendiri untuk capai apa yang dimahukan," ujarnya. Tidak semua content yang ditunjukkan itu adalah benar. Ada yang sekadar rekaan semata-mata SHIHA ZIKIR PENYANYI Shiha turut menyumbang dalam penulisan lirik bersama-sama Iqie Hugh, John Jeeves dan Arul. Manakal lagu pula mendapat sentuahan Iqie Hugh dan John Jeeves. Sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan, Shiha berkata dia tampil dengan genre pop supaya lebih dekat dengan pengguna media sosial. Lagu baharu Shiha membawa mesej tentang gangguan mental di sosial media. "Kalau lagu balada mungkin susah sikit nak sampaikan mesej sebegini. Saya juga mahu lagu ini lebih mendapat sambutan di media sosial supaya peminat boleh faham mesej yang ingin disampaikan. "Saya harap lagu ini akan diterima ramai dan peminat akan lebih mendalami maksud sebenar apabila muzik video dilancarkan pada Februari nanti," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!