suria

Tak sorok rutin harian, sentiasa lapor kepada isteri… Shukri Yahaya kongsi rahsia rumah tangga bahagia

Shukri mahu sentiasa kekalkan keharmonian rumah tangga.

SERING dilihat sebagai suami contoh, pelakon Shukri Yahaya berkongsi caranya mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Shukri, 36, memberitahu komunikasi dan sentiasa bersikap terbuka merupakan kunci kebahagiaannya bersama isteri tercinta iaitu Tya Adnan.

"Saya lebih bersikap terus terang dengan isteri saya... bila saya balik dari penggambaran saya akan cerita kepada dia.

shukri

Shukri sentiasa kongsi semua cerita kepada Tya.

"Bila saya tak ada dekat rumah... dia tahu apa saya buat. Kadang saya ambil gambar hantar dekat dia supaya dia selalu tahu apa berlaku di set.

"Kalau boleh saya tak nak buka ruang untuk dia salah faham. Dia lebih tahu daripada orang lain," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shukri turut meluahkan rasa syukur rumah tangganya tidak diganggu orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak tarik tangan Alya Iman dalam bilik air buat peminat kecewa, Shukri Yahaya mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Shukri Yahaya dipuji, ramai terkesan watak Nazril dalam RASN - “Sebab cerita ni aku nampak kebodohan aku sebagai isteri”

"Buat masa ini tiada orang yang datang untuk menghimpit saya," ujarnya.

Kerjaya sebagai pelakon yang sering bekerjasama dengan ramai aktres lain, Shukri berkata dia berusaha mengelakkan diri daripada berhubung atau berbalas mesej dengan rakan gandingan di luar waktu kerja.

Malah jika memerlukan keserasian bersama, dia lebih selesa perkara itu dilakukan di set penggambaran

shukri 11

Shukri mahu terus jaga kebahagiaan bersama isteri.

"Nak elakkan perkara ini biasa saya takkan mesej di luar waktu kerja... setakat di set penggambaran saja.

"Memang takkan bermesej atau apa... saya tak izinkan perkara itu berlaku.

"Bila dekat set saya memang suka bergurau tapi habis setakat itu saja," kongsinya.

Untuk rekod, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 8, dan Maleew Miqayl, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain