suria

Lucu! Ozlynn mengaku tak pandai seterika pakaian, tugas gosok baju serah kepada Johan

Johan menguruskan kerja-kerja menyeterika pakaian.

DALAM sibuk menguruskan kerjaya sebagai seorang selebriti, penyampai radio dan pelawak iaitu Johan tetap mengambil tanggungjawab menguruskan hal berkaitan rumah tangga.

Cerita isterinya iaitu Ozlynn Wati, Johan secara sukarela menguruskan hal berkaitan menggosok pakaian dan tugas itu telah dibincangkan sejak awal lagi.

"Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (suami) yang akan tolong iron baju saya.

"Memang kami sudah berbincang sejak dulu lagi, sebelum saya lubangkan baju-baju baik dia yang gosok... Ya sampai sekarang memang Johan yang iron semua baju," katanya.

Ozlynn mengakui tidak pandai menyeterika pakaian.

Ozlynn mengakui tidak pandai menggosok pakaian.

Ozlynn berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi perkongsian video tersebut, Ozlynn bersama Johan berada di sebuah homestay dan dia meminta suami membantu menyeterika pakaiannya.

Sempat bergurau, Johan dilihat tidak keberatan dengan permintaan isterinya itu dan meneruskan kerja-kerja berkenaan.

Dalam pada itu, Ozlynn mendedahkan dia sebenarnya tidak pandai melakukan tugasan berkenaan disebabkan sejak kecil diuruskan oleh bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen tak setuju Johan garang ajar anak mengaji, siap bandingkan cara didikan Rasulullah... Ini komen Ozlynn!

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah keluarga di media sosial, tetap ada yang 'berbunyi'... Johan harap ilmu disampaikan berguna untuk anak-anak

Kata Ozlynn, kerjaya sebagai anggota beruniform menyebabkan bapanya cerewet dalam memastikan pakaian diseterika dengan betul.

"Saya rasa memang keluarga saya tidak pandai iron baju sebab dari kecil abah yang iron dan cuci baju serta kasut sekolah kami.

"Sebab kerja abah sebagai anggota membuatkan dia sangat cerewet bila gosok baju. Ha, kan anak-anak dah tak tahu nak iron baju," ujarnya.

Pelakon drama Presiden Kampung Morten itu turut berkongsi pengalaman pernah menggosok baju ibunya sehingga rosak dan menyebabkan dia trauma untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Ozlynn dan Johan antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian ramai.

Ozlynn dan Johan antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian ramai.

"Siapa macam saya jenis risau nak gosok baju? Saya pernah gosokkan baju mak.

"Tak tahu apa yang salahnya sehingga berlubang baju sutera mak saya. Jadi lagi saya fobia terus," katanya.

Untuk rekod, Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz mendirikan rumah tangga dengan Ozlynn pada 25 Julai 2009 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Lembah Jaya, Ampang.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain