suria

Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Syafiq dan Mimi Lana kekal sebagai rakan

Syafiq dan Mimi menjalani sesi fotografi bagi mempromosi koleksi pakaian raya.

PELAKON Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih mengekalkan hubungan sebagai rakan walaupun mereka tidak jadi berkahwin tahun lalu.

Pengurus Mimi iaitu Iman Tang juga memberitahu tidak pernah timbul sebarang perselisihan di antara Mimi dan Syafiq malah masih boleh bekerjasama dengan baik.

"Walaupun mereka tak jadi kahwin tapi tidak bermakna mereka bermusuh.

"Memang tiada masalah malah sehingga hari ini mereka masih lagi berkawan. Macam hari ini (Selasa) mereka berdua baru saja selesai menjalani sesi fotografi promosi koleksi baju raya," katanya.

2226807

Walaupun tidak jadi kahwin namun pasangan ini mengekalkan hubungan baik.

Iman mengulas perkara tersebut selepas Syafiq dan Mimi sama-sama memuat naik gambar mereka berdua dalam satu seti fotografi.

Sesi berkenaan merupakan kerjasama mereka berdua menggayakan koleksi baju raja sebuah jenama tempatan.

Tambah Iman dia sebagai pengurus pasti gembira sekiranya Mimi atau Syafiq kembali bersama sebagai pasangan kekasih dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto dan kapsyen serupa, peminat doa Syafiq dan Mimi jadi naik pelamin

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas keluar makan berdua, kali ini Syafiq Kyle bagi Mimi Lana kek brownies sempena hari jadi... “Gigih buat sebelum shooting jauh”

Bagaimanapun katanya, sebagai pengurus dia tidak berhak masuk campur urusan peribadi mereka berdua malah tidak pernah bertanya mengenainya.

“Mendirikan masjid adalah perkara yang baik dalam Islam. Mesti saya gembira sekiranya mereka kembali bersama.

“Saya banyak kali makan malam bersama mereka, tapi tak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan mereka dengan lebih mendalam. Kerana dua-dua sedang sibuk sekarang ini,” ujarnya.

553 (2)

Syafiq dan Mimi sepatutnya berkahwin Ogos tahun lalu.

Dalam masa sama Iman juga berharap Mimi dapat memaklumkan sebarang berita baik kepadanya lebih awal.

“Saya berharap sekiranya mereka kembali bersama, mereka akan memberitahu saya lebih awal sebab sebelum ini saya hanyalah jemputan. Saya tidak tahu apa-apa,” jelasnya.

Mimi dan Syafiq sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun jemputan majlis itu mendapat kiriman emel memaklumkan majlis itu dibatalkan pada 11 Ogos.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain