SUSULAN tular foto gambar bersama seorang lelaki di atas pelamin, ramai menyangka balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah sudah menjadi tunangan orang. Bagaimanapun, lelaki di atas pelamin tersebut rupa-rupanya adalah anak saudara kepada Hidayah. Identiti lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Fizrail itu disahkan sendiri oleh Hidayah ketika membalas komen seorang pengguna netizen. Hidayah dedah lelaki dala foto rupanya anak saudaranya. "Haha betul anak saudara lebih tinggi dari mak saudaranya, saja nak tunjuk anak saudara tinggi," tulisnya. Sebelum ini perkongsian tersebut seakan-akan memberi bayangan Hidayah kini berstatus tunangan orang sehingga ramai mengucapkan tahniah kepadanya. Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya di media sosial juga tidak menyangka terdapat 'plot twist' mengenai perkara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar dengan lelaki atas pelamin, Hidayah bagi ‘hint’ kini sudah tunangan orang... Peminat teruja tumpang gembira ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar atas pelamin, Hidayah buka hati kahwin lagi... Impi lelaki penyayang macam arwah Abam "Lah anak saudara ke? Saya ingat tunang sebab dah kecoh kat portal-portal kata Hidayah dah bertunang. "Ingat dah nak menikah tak lama lagi... Rupanya anak saudara Hidayah. "Ingat Hidayah nak bernikah, baru nak ucap tahniah," tulis netizen di ruangan komen. Hidayah bahagia hidup bersama anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun. Abam atau Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!