suria

Syafiqa, Syida Melvin bengang... Pemilik butik pakaian sewa tak benar bawa masuk anak dalam kedai

Syida dan Syafiqa bengang terima layanan buruk daripada pemilik butik.

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial Syafiq serta Syida Melvin meluahkan rasa bengang terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian.

Pasangan adik-beradik ini naik hantu apabila pemilik kedai berkenaan tidak membenarkan mereka membawa masuk kanak-kanak ketika memilih pakaian.

Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 27, menganggap peraturan yang ditetapkan itu sebagai tidak masuk akal.

syifa

Syida bengang pemilik kedai tidak benarkan anaknya masuk.

"Aku tak faham dengan kedai ini. Datang nak sewa baju tetapi tidak benarkan kanak-kanak masuk.

"Kami lima beradik nak sewa baju, saya bawa anak tetapi kedai ini tidak friendly. Mereka tolak rezeki.

"Memang satu kesilapan buat peraturan begini. Dia ingat budak-budak ini binatang ke? Saya tengah tahan marah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pelakon hebat tapi isteri tak boleh tipu” - Syatilla Melvin sudah ‘masak’ sikap Shaheizy Sam, setiap hari doa dijauhkan gangguan pihak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Syida jawab tak sebulu dengan adik-beradik Melvin, gerak solo hasil produk sendiri

Syida berkongsi perkara tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial miliknya pada Isnin.

Menerusi video berkenaan, Syida memberitahu ketika itu anak perempuannya yang berusia 4 tahun sedang tidur di sebuah sofa dalam butik berkenaan.

Bagaimanapun pemilik yang melihat kejadian itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengarahkan dia membawa keluar anaknya.

1993169

Syida (kiri) dan Syafiqa (tiga dari kiri) kecewa dengan layanan sebuah pemilik kedai.

"Boss dia suruh duduk luar dan jaga anak saya secara bergilir-gilir. Dia tak tengok ke anak saya hanya berbaring di dalam tu.

"Buang peraturan ini dalam tong sampah," ujarnya.

Sementara itu kakaknya iaitu Syafiqa atau Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 35, memberitahu mereka datang ke premis berkeaan untuk menyewa pakaian sempena majlis makan malam perniagaan milik mereka.

Tambahnya, dia mendapat tahu tentang kedai berkenaan melalui carian di media sosial dan hadir kerana mahu membantu perniagaan orang Melayu.

"Kami cari banyak tempat tapi datang ke kedai ini sebab orang kata menarik. Kami datang sebab nak bantu orang Melayu. Kami tak minta tajaan, kami guna duit sendiri.

"Mereka tiada budi pekerti. Budak ini bukannya kecil lagi dan dia sudah faham bahasa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain