MENYEDARI video tarian dimuat naik di aplikasi TikTok mengundang pelbagai reaksi netizen, penyanyi Nabila Razali menjelaskan perkongsiannya itu hanya sekadar mengikuti trend media sosial. Menyifatkan perkongsian video tersebut hanya sekadar hiburan, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkata perkara itu bukanlah isu besar selagi ia tidak mencemarkan maruahnya sebagai seorang isteri. "Selagi tidak menjatuhkan maruah sesiapa, termasuk maruah saya, suami dan keluarga, saya rasa ia bukan satu isu yang besar dan tidak patut diperbesarkan. "Saya tidak tahulah, saya berkongsi video seperti itu kerana sekarang ini dunia media sosial semakin meluas. Nabila tidak akan melakukan sesuatu yang mencemarkan maruah keluarga. "Saya lakukan seperti itu pun hanya sekadar mengikut trend juga, tapi sudah tentu ia tidak menjejaskan kerja-kerja saya kerana masih ada lagi video persembahan nyanyian yang saya kongsi," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nabila menjawab usikan netizen dia sudah 'rosak' selepas mendirikan rumah tangga bersama Nik Iruwan. ARTIKEL BERKAITAN: Makin berani ikut trend TikTok, netizen kata Nabila Razali dah 'rosak' selepas kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali rasa janggal disapa gelaran 'puan', baru sedar rupanya dah kahwin "Saya bukan 'rosak', entahlah saya rasa ia hanya sekadar untuk menghiburkan. Kadang kala kalau terlalu kerap berkongsi kisah kerjaya nanti peminat bosan pula. "Saya mahu seimbangkan antara kerjaya dan peribadi kerana saya percaya orang mahu melihat apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Selagi tidak menjatuhkan maruah sesiapa, termasuk maruah saya, suami dan keluarga, saya rasa ia bukan satu isu besar. NABILA RAZALI PENYANYI "Peminat mungkin tahu kerja hakiki saya sebagai penyanyi dan kadang-kadang berlakon. Tetapi dekat rumah apa yang Nabila Razali lakukan? Jadi salah satunya saya buatlah content seperti itu," ujarnya. Sementara itu, Nabila menegaskan dia masih individu yang sama seperti sebelum bernikah, namun mungkin sebelum ini dia jarang memuat naik video trend di TikTok. Kata Nabila lagi, perkongsian video santai sedemikian juga dapat mendekatkan dirinya dengan peminat. "Saya rasa saya masih menjadi orang yang sama. Mungkin sebelum ini saya jarang muat naik video seperti itu. "Tetapi saya tidak merasakan itu satu perubahan yang luar biasa kerana siapa yang mengenali saya, saya memang bersikap seperti itu. Nabila masih orang yang sama seperti sebelum berkahwin. "Sebelum ini pun ada suara-suara yang mengatakan saya ini sukar didekati. Jadi sekarang saya mahu lebih dekat dengan peminat menerusi media sosial," katanya. Sebelum ini, perkongsian video trend tarian yang dibuat Nabila menarik perhatian pengikut dan peminatnya di aplikasi TikTok. Rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahaja Nabila yang dikatakan semakin kelakar dan terserlah sikap 'gila-gila selepas berkahwin. Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan, 38, sah bergelar suami isteri pada 18 November lalu di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!