PERKONGSIAN foto memperlihatkan balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah bergambar bersama seorang lelaki di atas pelamin mengundang pelbagai reaksi pengikut. Dalam foto berkenaan, Hidayah yang dilihat memegang sejambak bunga nampak anggun mengenakan baju sedondon berona biru bersama lelaki itu. Bagaimanapun, identiti lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan kerana dia bergambar membelakangkan kamera. Hidayah kongsi foto bersama lelaki di Instagram. Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Hidayah hanya meninggalkan emoji bentuk hati berwarna biru. Perkongsian tersebut seakan-akan memberi bayangan Hidayah kini berstatus tunangan orang namun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu. Dalam pada itu, rata-rata peminat meninggalkan ucapan tahniah jika benar Hidayah kini sudah menjadi tunangan orang. Mereka juga turut menitipkan doa agar urusan Hidayah dipermudahkan selain turut bergembira dengan perkongsiannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar atas pelamin, Hidayah buka hati kahwin lagi... Impi lelaki penyayang macam arwah Abam ARTIKEL BERAKITAN: Balu Abam sibuk urus bisnes tak terfikir soal jodoh, sebak Hamzah dah pandai jawab ‘ayah saya dekat syurga’ "Alhamdulillah, awak berhak. Semoga dipermudahkan urusan dan bahagia hingga ke akhir hayat. "Tahniah Dayah, tumpang gembira lihat Dayah dah jumpa pengganti. "Alhamdulillah Dayah dah bertunang," antara komen netizen. mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai foto berkenaan. Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun. Abam atau Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!