KEMERIAHAN majlis resepsi penyanyi dan komposer Amylea Azizan dan suaminya iaitu Mohammad Aqbar mengundang kritikan seorang netizen di media sosial. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik Shila Amzah, netizen berkenaan mengecam majlis berkenaan termasuklah mengaitkan arwah bapa Amylea. Bengang dengan tuduhan yang dilemparkan itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, tampil membela rakannya dan menyelar komen ditulis netizen berkenaan. Shila balas semula komen negatif netizen. "Itu fitnah! Bapa dia dah meninggal dah. Lain kali jangan main FB (Facebook). Itu semua fitnah. "Orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia masa sakit untuk buat cerita bodoh macam ini. "Membabi buta percaya ini tidak elok," balas Shila. ARTIKEL BERKAITAN: Amylea tak sangka jumpa jodoh pada usia 37 tahun... Majlis resepsi meriah walau persiapan singkat ARTIKEL BERKAITAN: Percintaan singkat ke jenjang pelamin, Amylea Azizan kini isteri anggota bomba Singapura Sebelum itu, Shila berkongsi video kemeriahan suasana majlis persandingan Amylea bersama suaminya yang mesra disapa dengan panggilan Ash. Netizen mempersoalkan majlis persandingan Amylea yang dilihat mewah dan menyebut mengenai laporan berita lama penyanyi ini meminta bantuan untuk arwah bapanya pada tahun 2021. "Baru-baru ini aku tengok Amylea ini minta bantuan ayah dia sakit. Tup-tup tengok dia nikah mewah pula," tulis netizen. Untuk rekod, bapa Amylea iaitu Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada 11 Ogos 2021. Pada 27 November lalu, Amylea memaklumkan dia sah bergelar isteri kepada Ash namun merahsiakan tarikh sebenar mereka bernikah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!