suria

Aliff Syukri rakam lagu raya... Ibu minta jangan ajak orang buat fitnah, isteri pula risau pendengar kemurungan

Aliff lagi sekali bakal keluarkan lagu raya baharu.

PERKONGSIAN isteri Datuk Seri Aliff Syukri yang memperlihatkan usahawan kontroversi itu sedang berada dalam studio merakamkan lagu baharu sempena Aidilfitri tidak lama lagi mengundang perhatian ramai.

Datin Seri Nur Shahida, 39, bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lagu baharu Aliff kepada pengikutnya kerana bimbang tentang penerimaan pendengar.

Kata Shahida, dia bimbang pendengar akan mengalami kemurungan jika mendengar lagu tersebut.

aliff 11

Reaksi isteri dan ibu Aliff berkenaan lagu terbaharunya.

"Dah sedia ke korang nak dengar lagu raya artis nombor satu dari belakang ini?

"Maaflah ya tak boleh dengar audio betul takut korang anxiety dan kemurungan," katanya.

Shahida berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff dilihat sedang sakan menyanyi di dalam sebuah studio rakaman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukannya saya bogel” - Aliff Syukri minta tunggu video penuh, rayu jangan kecam isteri sarat hamil

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vokal nyaring setanding Michael Jackson dan Justin Timberlake, Aliff Syukri minta masyarakat buka mata!

Sementara itu, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita pula berharap anaknya tidak melancarkan lagu baharu seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Rozita, sakit pinggang yang dialami usahawan berkenaan masih belum sembuh sepenuhnya selain perbuatannya mengajak orang ramai melakukan dosa.

"Janganlah. Sakit pinggang itu tak sembuhlah. Kecaman bab video klip jaga.

"Nanti kita berdosa ajak orang berfitnah, bertabahlah.

alif2 - 1

Muzik video lagu raya Aliff pada tahun lalu menjadi bualan ramai.

"Kri (Aliff) jangan macam-macam hal. Umur masuk 40 dah," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui agak seram dengan lagu baharu yang bakal dihasilkan itu.

Namun ada juga yang menyokong asalkan ia tidak mengenakan pakaian mahupun perbuatan yang tidak senonoh.

"Datin penyokong nombor satu. Kami okay saja janji jangan pakaian dan perbuatan tak senonoh melanggar agama.

"Baru tengok ini pun dah seram Datin. Tapi kami harap lagu raya kali ini pun seronok," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain