suria

Suami beri lampu hijau, Mila Jirin bakal rakam lagu ciptaan Amylea

Mila bakal buat comeback dengan single baharu.

PENYANYI Mila Jirin berkongsi rasa teruja bakal kembali merakamkan single baharu selepas enam tahun menyepi dalam dunia nyanyian.

Mila atau Norsyarmilla Jirin, 37, berkata, sebelum ini suaminya iaitu Isz Mustapha, 42, tidak membenarkan dia untuk menyanyi kerana bimbang tidak dapat membahagikan masa bersama anak dan perniagaan yang diusahakan mereka.

Bagaimanapun kata Mila, melihat perniagaan semakin stabil selain anak-anak sudah membesar, dia mengambil keputusan kembali dengan lagu ciptaan penyanyi dan komposer Amylea Azizan.

"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan masuk studio untuk merakamkan single baru. Saya rasa teruja sangat sebab sudah enam tahun tak masuk studio.

mila2 - 1

Suami sudah mengizinkan Mila untuk menyanyi.

"Semua ini kerana peminat meminta untuk saya buat comeback dan Alhamdulillah suami juga memberi keizinan, mungkin sebab anak kami sudah besar.

"Sebelum ini suami saya tidak memberi keizinan untuk menyanyi kerana bimbang saya tidak dapat membahagikan masa dengan keluarga dan bisnes," katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut tentang kerjasamanya bersama Amylea, Mila mendedahkan dia dihubungi komposer itu menerusi WhatsApp dan memberitahu ada lagu sesuai sebagai single baharunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai bank anggap bisnes Mila Jirin kelas ketiga, kini pendapatan setahun cecah RM50 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bonus cuma beri duit raya... Mila Jirin sedih dituduh tak hargai 200 pekerja

Menurut Mila, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menyanyikan lagu genre balada dan berharap agar lagu itu nanti akan mendapat sambutan ramai.

"Amylea tiba-tiba telefon saya memberitahu ada lagu yang sesuai dengan suara saya. Saya menyambut baik peluang yang diberi dan semoga ia menghasilkan sebuah karya yang baik.

Saya rasa teruja sangat sebab sudah enam tahun tak masuk studio.

MILA JIRIN

PENYANYI/USAHAWAN

"Saya sangat suka dengan lagu balada sejak dulu lagi tetapi tidak berpeluang untuk menyanyikan lagu-lagu genre tersebut.

"Mungkin juga dulu saya masih keanak-anakkan jadi lagu yang keluar semuanya 'comel-comel'. Bila usia pun sudah menginjak dewasa, saya rasa mungkin single baru itu nanti sesuai untuk saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Mila memberitahu dia sering menerima tawaran menyanyi tetapi terpaksa menolak kerana belum terbuka hati untuk melakukan sebarang persembahan pentas.

mila1 - 1

Mila bakal bekerjasama dengan Amylea.

"Sebelum ini saya memang ada menerima tawaran menyanyi tetapi saya menolak dengan baik dan memberitahu penganjur saya sudah tidak lagi membuat persembahan pentas.

"Cuma sekarang ni saya ada menyanyi di TikTok, ramai pula yang minta untuk saya menyanyi.

"Tapi itulah maaf saya tidak menerima sebarang persembahan pentas melainkan rakaman di studio atau persembahan untuk siaran televisyen," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain