PELAWAK Danial Zaini meluahkan rasa syukur selepas ibu tercinta sudah dibenarkan pulang daripada hospital sejak Selasa lalu. Danial, 31, berkata, ibunya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Lan Wah Ee di Pulau Pinang pada 25 Januari lalu akibat penyakit paru-paru berair. "Mak saya memang ada sakit diabetes, cuma baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital sebab masalah paru-paru berair. Danial memohon doa orang ramai di Instagram Story miliknya. "Saya terpaksa ulang alik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang tapi demi mak saya okay sahaja. "Sekarang keadaan mak sudah stabil cuma perlu rujuk pakar jantung untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Dalam pada itu, Danial memberitahu ibunya iaitu Rodziah Abdullah, 68, dimasukkan ke hospital berkenaan ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah filem. ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini kena kutuk guna ikan keli, ada kata fish and ‘cheap’... tapi sebenarnya lagi mahal dari dory! ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini sebak isteri cium tangan pagi raya, tahun pertama sambut sebagai suami... “Sebelum ini peluk mak dulu” Bagaimanapun ibunya meminta dia tidak tergesa-gesa pulang ke kampung dan menghabiskan pekerjaan terlebih dahulu. "Mak sempat suruh saya habiskan kerja dulu sebab dia kata jangan bimbangkannya dan selesaikan kerja sebab ia adalah ibadah. "Tapi saya tak sampai hati, jadi saya habiskan secepat mungkin dan terus bergerak ke Pulau Pinang. Danial bergegas pulang bersama isteri selepas tamat sesi penggambaran. "Bila sampai mak sudah dimasukkan ke wad. Saya tak balik rumah tapi tunggu dekat parkir kereta sehingga tertidur sementara menanti giliran berjumpa doktor," ceritanya. Pada Isnin lalu, Danial ada berkongsi di Instagram Story memohon rakan-rakan mendoakan kesihatan ibunya pada pagi Isnin. Kini Danial memberitahu ibunya sudah berada dalam keadaan stabil tetapi perlu dipantau dari masa ke semasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!