PENYANYI dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi menolak tuduhan palsu yang dilemparkan pelakon Fathia Latiff terhadap suaminya berkaitan urusan pembelian rumah sebelum ini. Heliza, 38, berkata, tuduhan tersebut jelas fitnah malah suaminya iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman juga tidak mengenali aktres berkenaan secara peribadi. "Benda itu tak betul... Fitnah! Suami tak kenal dan tak tahu siapa dia. Heliza maklumkan Mahadi tiada perniagaan hartanah. "Lagi pula suami saya tidak pernah buat rumah atau jual rumah. Kalau tak, dah lama saya beli satu dengan dia. "Saya tak tahu mengenai siaran langsung itu tapi bila ada orang hantarkan kepada saya jujurnya memang tak faham mengenai dakwaan tersebut," katanya. Heliza berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media program Nasi Lemak Kopi O, yang berlangsung Kuala Lumpur, pada petang Rabu. Kata Heliza, dia memilih untuk bersangka baik dengan perbuatan yang dilakukan aktres berkenaan kerana percaya setiap insan mempunyai ujian tersendiri. ARTIKEL BERKAITAN: “Apa dia merepek tu?” - Tak pernah kenal atau jumpa Fathia Latiff, syarikat suami Heliza Helmi tiada perniagaan hartanah ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff bikin panas lagi! Dakwa suami Heliza Helmi gagal siapkan rumah, dah 5 tahun terpaksa bayar ansuran Jelasnya, dia tidak perlu melakukan sebarang penjelasan memandangkan orang ramai seakan tahu keadaan Fathia. "Saya tidaklah mengenali Fathia secara rapat dan tapi bila dia keluarkan kenyataan macam itu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dan situasi dia. "Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham dan pada saya mungkin ini adalah masa dia diuji. Apa yang dia perlukan adalah doa daripada seluruh mukmin," ujarnya. Dalam pada itu, Heliza dan suami juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang sebaliknya memilih untuk memaafkan pelakon tersebut. Tuduhan melulu Fathia menjadi buah mulut netizen. "Saya tidak rancang untuk mengambil tindakan undang-undang sebab apa yang diperkatakan adalah tidak betul sama sekali. "Di pihak saya, saya yakin semua orang faham keadaan dia. Saya dan suami memaafkan perbuatannya itu. "Saya rasa dia tidak perasan situasi ketika itu, mungkin dia khilaf tapi sekiranya perkara ini berlarutan, lain pula ceritanya kelak," kongsinya. Sebelum ini, Fathia menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya mendakwa Mahadi sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah. Menurutnya rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan dan terpaksa membayar ansuran sebanyak RM2,000 setiap bulan. Bagaimanapun menerusi satu temu bual bersama mStar, Mahadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia menipu aktres itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube