ANGGOTA kumpulan K-Clique iaitu Noki terpaksa menerima rawatan kecemasan di sebuah klinik di Ampang, Selangor selepas mengalami kesukaran bernafas. Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 29, berkata, hasil pemeriksaan doktor memaklumkan terdapat masalah pada saluran pernafasannya apabila nafasnya ketat dan seakan-akan tersumbat. “Saya terus ke klinik sebab susah nak bernafas. Sekarang masih menerima rawatan. Noki berkongsi perkara tersebut di Instagram Story. “Kata doktor bunyi nafas juga ketat dan seakan tersumbat. Saya pula memang ada masalah lelah,” katanya ketika dihubungi mStar. Noki sebelum itu memuat naik gambar dia menerima rawatan di klinik berkenaan di laman Instagram miliknya. Tambah Noki, masalah sukar bernafas yang dialami sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Heboh gosip bercinta, Noki tampil ulas status hubungan dengan Ezzanie Jasny ARTIKEL BERKAITAN: Noki rakan sekepala Ezzanie Jasny, tak bercinta tapi sedang kenal hati budi Bagaimanapun dia belum berkesempatan untuk mendapatkan rawatan sepenuhnya disebabkan sibuk dengan kerja. “Sebanarnya sejak menyertai program The Masked Singer lagi saya dah sering sesak nafas, tetapi masih belum menerima sebarang rawatan. “Baru sekarang ada masa nak ke klinik. Semoga semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya. Noki harap sempat sembuh sebelum ke Makkah. Sementara itu, Noki juga berharap tahap kesihatannya bertambah baik memandangkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Khamis untuk mengerjakan umrah. Bercakap lanjut, Noki juga mahu mengambil kesempatan berada di sana nanti bagi memohon doa dipertemukan jodoh. “Semoga saya akan lebih sihat apabila ke sana nanti. Kita nak pergi ke tempat suci, jadi hanya berdoa kepada Allah agar segala dipermudahkan. “Pastinya saya mahu berdoa agar berjumpa dengan jodoh yang betul-betul baik. Semoga saya istiqamah menjadi orang lebih baik,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!