suria

Nikki Palikat sudah penat, mahu lari seketika dari dunia muzik... Kongsi cara ‘healing’ atasi tekanan

Nikki ada cara tersendiri untuk kawal tekanan.

PENYANYI Nikki Palikat belum berkesempatan mengambil cuti rehat selepas program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tamat pada awal Disember tahun lalu.

Kata Nikki atau Nicolette Louise Palikat, 39, selepas tiga bulan bersaing dia merasakan sudah tiba masa dia berehat daripada semua aktiviti berkaitan muzik buat seketika.

"Sepanjang tiga bulan dengar muzik tanpa henti, jadual padat membuatkan saya rasa perlu masa untuk healing... Kalau boleh saya tak mahu dengar muzik langsung!

nikki 2

Nikki akui bersaingan di pentas ASGV bukan sesuatu yang mudah.

"Tapi sampai sekarang belum sempat nak berehat cuma cuti sekejap bagi menyambut Hari Krismas bersama.

"Itu pun sudah cukup membantu saya dari segi emosi untuk menghilangkan rasa penat," katanya kepada mStar.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, Nikki memberitahu dia ada cara tersendiri bagi mengurangkan tekanan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki Perancis berjaya tawan hati, Nikki Palikat dalam fasa bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan isu ‘tebus’ kekalahan di tangan Aliff Aziz, kemenangan bergantung pada nasib dan tuah – Nikki Palikat

Menurut Nikki meditasi adalah amalan terbaik supaya dia berehat seketika dan kembali memberi fokus terhadap kerjaya.

"Saya akan kawal diri sendiri supaya tidak tertekan. Jika ada masa saya rasakan terlalu tertekan saya akan ambil masa rehat seketika.

"Kalau ada peluang saya amalkan meditasi. Paling bagus jika dilakukan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Saya dapat rasakan sendiri perbezaan apabila melakukan meditasi.

Kalau boleh saya tidak mahu dengar muzik langsung

NIKKI PALIKAT

PENYANYI

"Jika terlalu sibuk sehingga tidak sempat nak meditasi memang akan ganggu kehidupan sehingga boleh dapat mimpi buruk. Otak kita tidak akan rehat kalau terlalu banyak fikir walaupun mendapat waktu tidur yang lama," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang kerjaya, Nikki kini sedang giat mempromosikan lagu terbaharu berjudul Usah Najiskan Cinta ini yang sudah mula dilancarkan sejak November tahun lalu.

nikki 1

Nikki harap pendengar lebih terbuka memahami maksud lagu yang disampaikan.

Biarpun perkataan 'najis' yang digunakan dalam tajuk berkenaan mengundang kontroversi, bagi Nikki itu merupakan satu ekspresi menggambarkan pengalaman pahit dalam bercinta.

"Pada awalnya tajuk itu mendapat tentangan beberapa pihak, namun Ajai (komposer) tetap berkeras ia digunakan. Saya rasa itu adalah pilihan artistik seorang komposer.

"Mungkin hanya psikologi pendengar yang tidak biasa dan anggap ia kesat. Perkataan najis banyak digunakan dan dalam lagu ini ia menepati situasi yang digambarkan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain