suria

Bapa Jaa Suzuran meninggal dunia

Bapa Jaa Suzuran meninggal dunia.

BAPA kepada pelakon Jaa Suzuran iaitu Ahmad Mohd Salleh dilaporkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Sabtu.

Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 30, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

"Assalamualakum sahabat-sahabat Abang Jaa, saya mohon untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk abah saya Ahmad Mohd Salleh yang baru saja menghembuskan nafas terakhir pada 9.20 pagi tadi.

jaa - 1

Jaa sebelum itu memaklumkan bapanya sedang tenat.

"Moga Allah balas jasa anda semua Al-Fatihah," katanya.

Sementara itu, perkara sama turut dimaklumkan oleh adik ipar Jaa iaitu pelakon Zaki Azeman yang meminta orang ramai untuk mendoakan bapa mentuanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Minta semua sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa mentua Zaki yang baru saja meninggal dunia pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ramah sampai orang rasa 'annoying', Jaa Suzuran takut dicop sombong... "Sekarang dah ada segan sikit"

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kahwin dengan adik perempuan seorang, tapi kena 'pikat' hati 7 abang... Zaki Azeman dan adik Jaa Suzuran selamat bertunang

"Doakan semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Terima kasih semua," ujarnya.

Sebelum itu, Jaa turut memuat naik sebuah hantaran memaklumkan keadaan bapanya yang sedang tenat.

Bagaimanapun, aktor itu tidak memaklumkan punca kematian Allahyarham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain