BERMULA daripada sekadar hobi sekitar tahun 2021, pelakon Hafreez Adam kini menjadikan hobi melukis sebagai salah satu cabang perniagaan dalam menambah sumber pendapatannya. Kata Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 33, dia tidak menyangka ada peminat yang mula bertanya dan mahu membeli hasil seninya itu apabila dikongsikan melalui sosial media. "Saya mula melukis ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa itu tiada tawaran berlakon jadi saya mencuba sesuatu yang baharu. Selain memang minat dengan seni, saya juga belajar melalui tontonan video. Hobi di rumah turut mendatangkan hasil buat Hafreez. "Apabila saya berkongsi di media sosial, ramai pula yang bertanya dan berminat untuk beli. Jadi dari situ saya rasakan apa salahnya jika ia dijadikan sebagai satu perniagaan. "Sebelum ini saya mula dengan lukisan kanvas dan sekarang saya hasilkan pula lukisan untuk hiasan casing telefon bimbit," katanya kepada mStar. Selepas berakhirnya PKP dan industri lakonan kembali rancak, Hafreez mengakui masa untuk dia meneruskan minat melukis agak terhad. ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Azar Azmi kekal misteri, mesej Hafreez Adam pun tak berbalas sejak November 2022 ARTIKEL BERKAITAN: Peminat sebak Fara Fauzana menangis pilih cinta berbanding duit, doa segera jumpa jodoh terbaik Bagaimanapun dia memanfaatkan tempoh rehat selepas selesai penggambaran dan fokus kepada kerja-kerja melukis termasuklah menyiapkan tempahan pelanggan. Kata Hafreez lagi, aktiviti sebegini memberikan satu kepuasan kerana dia lebih selesa untuk duduk di rumah jika tidak terlibat dengan penggambaran drama atau filem. "Apabila kita melakukan sesuatu yang diminati ia memang memberi kepuasan kepada diri sendiri. Saya juga memang tidak suka keluar rumah, jadi seronok dapat buat perkara yang bermanfaat apabila waktu cuti. Kebanyakan idea hasil lukisan saya adalah berdasarkan apa yang difikirkan ketika itu HAFREEZ ADAM PELAKON "Banyak juga tempahan yang diterima selepas saya promosikan di laman sosial. Jadi apabila tidak terlibat dengan penggambaran saya akan siapkan semua tempahan. "Kebanyakan idea hasil lukisan saya adalah berdasarkan apa yang difikirkan ketika itu. Ada juga pelanggan yang mahu saya lukis mengikuti kehendak mereka, saya cuba hasilkan sebaik mungkin," ujarnya. Sementara itu bercakap tentang dunia lakonan, aktor ini bersyukur kerana produksi masih memberi kepercayaan untuk menggalas watak utama meskipun kini semakin ramai pelakon baharu yang muncul. Hafreez bersyukur namanya masih menjadi perhatian pengarah dan penerbit. Dalam masa sama dia juga turut melebarkan saya sebagai pengarah dalam sebuah filem terbaharu yang kini sedang dalam proses penggambaran. "Ada sebuah filem yang saya terlibat sebagai pelakon dan turut diberi peluang menjadi pengarah beberapa babak. Satu perkara baharu untuk saya pelajari. "Syukur sekarang ini pun saya masih diberi watak hero atau pembantu watak utama. Sebagai pelakon saya juga amat bangga dengan kehadiran ramai bakat baharu kerana ini memberi kita lebih banyak pilihan pelakon," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!