suria

Tak lalu makan, kerap pening kepala... Zahirah MacWilson alami alahan teruk, belum sedia kongsi jantina anak kedua

Zahirah akui dirinya kini dalam keadaan baik selepas masuk trimester kedua.

PELAKON Zahirah MacWilson berkongsi dirinya mengalami alahan yang teruk semasa awal kehamilan anak keduanya.

Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, berkata dia tidak lalu makan selain kerap pening kepala semasa awal kehamilannya.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila semuanya berjalan dengan lancar apabila masuk trimester kedua.

zahirah 2

Zahirah kongsi rekasi teruja Isacc bakal jadi abang.

"Kehamilan semakin baik. Alhamdulillah tapi trimester pertama saya sangat teruk macam saya mengalami morning sickness sepanjang hari... Saya tak lalu nak makan, pening kepala.

"Tapi nasib baik trimester kedua dah okay sikit dan lebih mudah. Sekarang saya pun dah okay," katanya.

Zahirah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Sabtu selepas mendapat pertanyaan daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Hakim Ridza tak sabar menanti tahun 2024, umum Zahirah MacWilson hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih ibu Zahirah MacWilson, anak sedang sarat mengandung kena hina dan fitnah

Menerusi hantaran yang berbeza, Zahirah juga berkongsi reaksi anak sulungnya iaitu Isacc Raees yang teruja bakal bergelar abang tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Zahirah memilih merahsiakan jantian anak keduanya dan akan mengumumkan apabila sudah bersedia kelak.

"Saya akan dedahkan jantina anak saya tak lama lagi," ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Aiman Hakim Ridza, 35, meluahkan rasa tidak sabar menanti kedatangan tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain