suria

Harris Alif dan Intan Ladyana bakal timang anak lelaki

Harris dan Intan teruja bakal timang anak lelaki.

PASANGAN pelakon Harris Alif dan Intan Ladyana berkongsi berita gembira apabila mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam video majlis pengumuman jantina yang dimuat naik di laman sosial milik mereka berdua.

"Anak lelaki," tulis mereka ringkas.

harris 3

Harris dan Intan bersama anak sulung mereka.

Pada majlis berkenaan, kelihatan Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, dilihat memecahkan belon sebagai kejutan buat tetamu yang hadir menantikan khabar tersebut.

Majlis tersebut turut meraikan ulang tahun kedua anak pertama mereka iaitu Evie Khadeeja.

Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, pada Disember lalu mengesahkan isterinya itu hamil cahaya mata kedua namun enggan berkongsi lanjut usia kandungan serta jantina bayi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan cecah 6 bulan, Intan Ladyana berdepan alahan teruk... Anak sulung pula tak mahu berenggang

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat syak Intan Ladyana hamil, Harris Alif sahkan bakal timang cahaya mata kedua

Sementara itu Intan pula ketika ditemui media dalam sebuah majlis pada Januari lalu turut berkongsi pengalaman hamil ketika usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

"Hamil yang kedua ini agak memenatkan sedikit sebab kena jaga anak pertama sekali," ujarnya.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan anak pertama mereka dilahirkan pada 31 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain