PENGARAH filem Rain Town Tunku Mona Riza merayu agar karya terbaharunya itu diberi peluang untuk terus ditayangkan dalam tempoh seminggu akan datang meskipun ia kurang mendapat sambutan sejak ditayangkan pada 8 Februari lalu. Mona berkata, dia juga sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berhubung perkara itu selepas dimaklumkan pengurusan pawagam mahu menarik semula tayangan filem berkenaan. "Saya dapat tahu memang jualan tiket agak rendah, tetapi tidak adil sekiranya ia terus ditarik semula sedangkan filem ini baru ditayangkan. Moha panik apabila filemnya tidak mendapat sambutan. "Kita juga kena faham dalam musim cuti perayaan ini mungkin ramai pulang ke kampung dan tidak menonton wayang. "Jadi saya sendiri menghubungi CEO Finas dan mohon agar diberi ruang untuk 'bernafas'. Sekurang-kurangnya biarlah sampai hujung minggu akan datang. "Berilah saya untuk tahu adalah orang ramai benar-benar tidak suka filem ini atau sebenarnya masih ada yang belum berkesempatan untuk ke pawagam," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Mona ada sebab pilih Taiping lokasi penggambaran, ‘Rain Town’ bukan sekadar kisah keluarga tapi realiti kehidupan harian ARTIKEL BERKAITAN: Filem Kantonis, pengarah Melayu... Tunku Mona Riza keluar zon selesa menerusi Rain Town Mona menjawab perkara tersebut selepas muncul video pelakon filem tersebut iaitu Chew Kin Wah merayu agar penonton pergi menonton Rain Town di pawagam agar ia tidak ditarik tayangannya. Dalam pada itu, Mona memberitahu video tersebut bukan satu bentuk strategi pemasaran untuk menghangatkan lagi sambutan orang ramai. Sebaliknya apa diperkatakan Kin Wah dalam video tersebut adalah perkara benar. Jadi saya sendiri menghubungi CEO Finas dan mohon agar diberi ruang untuk 'bernafas' TUNKU MONA RIZA PENGARAH "Video yang dikongsi itu memang betul. Saya sendiri dimaklumkan oleh pihak pengedar filem tentang sambutan agak perlahan. Tiada niat pun nak buat marketing atau gimik. "Semestinya saya panik dan kecewa apabila perkara ini terjadi. Sedangkan ketika tayangan perdana ramai yang memberi respon baik selepas menonton," ujarnya. Mona juga memaklumkakn pihaknya masih belum mendapatkan jumlah kutipan filem berkeaan setakat ini. Konflik keluarga Choo dalam filem Rain Town. Sementara itu, Mona turut meluhakan rasa terkilan apabila pihak pagawam mengurangkan slot tayangan filem berkenaan dua kali sehari berbanding empat kali. "Dua orang anak saya pergi menonton filem ini di dua tempat berbeza dan ada penonton yang hadir. Saya hampa apabila filem lain pun kurang dapat sambutan tapi masih ditayangkan banyak slot sehari. "Saya juga harap penonton di luar Kuala Lumpur dapat menyaksikan filem ini di pawagam. Selain itu saya mohon juga gara ia tidak ditayankan hanya pada slot dalam tempoh waktu pejabat," jelasnya. Filem Rain Town membariskan pelakon-pelakon seperti Chew Kin Wah, Susan Lankaester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!