BERANG kerana hutang belum selesai, penyanyi Aiman Tino tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sepasang suami isteri yang merupakan penganjur acara berpengkalan di Sabah. Kata Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, dia memberi tempoh selama tujuh hari bagi pihak berkenaan memberi maklum balas selepas membuat pendedahan mengenai penipuan mereka di laman sosial miliknya pada Ahad. "Sudah banyak kali saya hubungi dia dan kali terakhir mesej saya dibalas adalah pada 11 Oktober tahun lalu. Semalam (Sabtu) pun saya ada mesej dan cuba hubungi namun tiada jawapan. Perkongsian Aiman di sosial media menunjukkan usaha menghubungi pihak berkenaan. "Sebab itu saya muat naik di laman sosial dan harap ada mana-mana pihak yang berkaitan dengan mereka untuk beri maklum balas. “Kalau tiada sebarang tindakan dalam tempoh tujuh hari saya akan berhubung dengan peguam untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Aiman terdahulu berkongsi tentang perkara itu di laman sosial miliknya termasuk mendedahkan perbualan dengan pihak berkenaan untuk menuntut baki bayaran sebanyak RM8,000 selepas terlibat dalam acara di empat lokasi sekitar tahun 2022. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino, ibu buat laporan polis ARTIKEL BERKAITAN: Janji tidak ganggu lagi, kakak peminat fanatik hubungi ibu Aiman Tino... Tak sangka adik OKU ugut bunuh diri Tambah Aiman pihak berkenaan tidak ambil endah akan panggilannya sebelum ini selain turut memuat status seolah-olah memerli dirinya. "Pelbagai alasan diberikan sebelum ini. Namun lama-kelamaan dia senyap sahaja. Duit berkenaan adalah bayaran saya terlibat sebagai penyanyi dalam acara anjuran pasangan tersebut. "Saya tambah geram lagi dia boeh pula muat naik status di WhatsApp seolah-olah saya yang bersalah. Pihak berkenaan adalah orang terkenal dalam penganjuran acara di Sabah AIMAN TINO PENYANYI “Saya hanya minta dia memberi maklum balas sahaja supaya ada perbincangan untuk selesaikan hutang berkenaan," jelasnya. Menurut Aiman lagi ketika awal bekerjasama dengan pihak berkenaan dia tidak meminta bayaran penuh dengan jumlah keseluruhan RM10,000 kerana percaya ia akan dilunaskan selepas tamat acara. Aiman bakal ambil tindakan undang-undang sekiranya tiada maklum balas. Aiman berkata dia juga enggan menyusahkan pihak berkenaan ketika itu dan tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi kepadanya. "Saya tidaklah minta bayaran penuh sebab nak mudahkan urusan dia. Kita juga faham akan situasi orang dalam menganjurkan acara. Tidak sangka sampai sekarang masih belum lagi selesai hutang. "Pihak berkenaan adalah orang terkenal dalam penganjuran acara di Sabah. Ramai juga rakan-rakan artis yang mengenali mereka," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!