suria

Tergamak ada tuduh Aisha Retno ambil barang terlarang, badan kurus sebab pakai pendakap gigi

Wajah Aisha jadi perhatian netizen kerana terlihat cengkung.

WAJAH penyanyi Aisha Rento menjadi perhatian ramai apabila dikatakan semakin cengkung sehingga ada yang mendakwa ia akibat kesan pengambilan barang terlarang.

Menjawab perkara itu, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata penggunaan pendakap gigi membuatkan wajahnya berubah selain dirinya kurang makan.

Kata Aisha, dia juga mula menjaga pemakanan sejak melayakkan diri dalam separuh Akhir Muzik Muzik ke 38 pada hujung Disember tahun lalu.

424467659_950129009906438_2817773136912943629_n

Aisha sangkal dakwaan ambil bahan terlarang.

"Tak ada ambil apa-apa pun, saya okay saja. Mungkin kesan saya kurang makan kerana saya memakai pendakap gigi.

"Saya tahu ada peminat yang tanya kenapa muka saya cengkung samapi tuduh saya ambil barang terlarang," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai persediaan ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), Aisha berkata dia melakukan pelbagai kejutan untuk peminatnya pada malam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya ciptaan Aisha Retno dan MFMF ‘Sutera’ Lagu Terbaik hari kedua SFMM38

ARTIKEL BERKAITAN: “Menyanyi di pentas bukan saya tapi dia” - Netizen pertikai Aisha Retno bantu Waode Big Stage buat persediaan

"Insya-Allah saya akan bawa 30 orang penari untuk sama-sama di atas pentas... lain-lain saya masih nak rahsiakan lagi.

"Saya pun ada gimik yang saya pun takut nak buat. Agak tertekan sebab ini kali pertama saya sertai jadi banyak benda nak buat," katanya lagi.

Malah Aisha mengakui persediaannya ke pentas AJL38 pada 3 Mac nanti itu terganggu apabila kakinya tercedera akibat melakukan senaman berlebihan.

Aisha

Aisha jaga pemakanan sebelum beraksi di AJL38.

Namun dia berharap kecerderaan tersebut tidak serius dan kembali pulih dengan segera.

"Saya sebenarnya dah terkandas sikit dari fizikal saya... sebab saya buat senaman secara berlebihah jadi otot itu macam pecah.

"Jadi bahagian kaki saya ada sedikit terjejas tapi saya harap ia akan sembuh pada hari itu nanti. Ambil masa yang agak lama juga nak sembuh," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain