suria

Zamaera lebih terbuka, ‘Big Fish’ karya keluar dari zon selesa sebagai artis indie

Zamaera cabar diri untuk keluar dari zon selesa sebagai penyanyi independent.

PENYANYI rap Zamaera mencabar diri untuk keluar dari zon selesa apabila melancarkan single terbaharu berjudul Big Fish.

Zamaera atau Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28, berkata, lagu itu hasil ciptaan bersama penerbit muzik Daaliah merupakan titik permulaan untuk keluar dari zon selesa sebagai penyanyi independent.

"Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini agak konservatif.

zamaera2 - 1

Zamaera bakal muncul dengan album penuh tidak lama lagi.

"Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berjaya jika keluar dari zon selesa itu.

"Jadi lagu terbaharu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis independent yang berusaha keluar dari ruang selesa tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Daaliah berkongsi kerjasama yang terjalin antara dia dan Zamaera merupakan satu pengalaman berharga bagi pengkarya independent seperti mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menyepi, penyanyi rap Zamaera muncul semula selepas putus cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Suami beri lampu hijau, Mila Jirin bakal rakam lagu ciptaan Amylea

Karya yang dihasilkan juga mengambil inspirasi daripada sub-genre muzik elektronik house yang terkenal pada awal tahun 90-an dari United Kingdom.

"Keseluruhan proses pembikinan single ini kaya dengan pengalaman berharga. Zamaera dan saya mempunyai persamaan di mana kami adalah penyanyi independent.

"Segala aspek dari penghasilan lagu hingga ke rakaman muzik video dan pemasaran muzik dilakukan dengan penuh teliti," ujarnya.

Lagu Big Fish boleh didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Dalam perkembangan lain, Zamaera turut berkongsi perjalanan kerjaya seninya untuk tahun 2024.

zamaera1 - 1

Daaliah bekerjasama dalam menghasilkan lagu Big Fish.

Kata penyanyi itu, dia bakal bekerjasama dengan sebuah label bertaraf antarabangsa, selain menghasilkan sebuah album penuh.

"Saya bakal bekerjasama dengan sebuah label bertaraf antarabangsa, menghasilkan sebuah album penuh, siri jelajah dunia dan juga festival Queendom Fest 2.0!.

"Sudah tentu lebih banyak muzik baharu dan rancangan untuk membuat persembahan di beberapa bandar yang belum pernah saya kunjungi," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain