suria

Sambut Tahun Baru Cina tanpa Sky, bekas isteri dakwa Keith Foo lama tak mesej nak jumpa anak

Hubungan Keith dan anaknya berada dalam keadaan baik.

PELAKON Keith Foo menolak dakwaan wujud perselisihan faham antara dia dan bekas isteri iaitu Kim Raymond berhubung perihal anak tunggal perempuan mereka.

Keith atau Foo Chuan Chin, 41, memberitahu hubungan dia dan anaknya iaitu Skylar Raymond Foo, 7 tahun juga masih akrab namun mengakui sudah lama tidak menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama kanak-kanak itu.

"Hubungan saya dengan anak masih baik-baik sahaja. Cuma sudah lama tidak menyambut perayaan bersama-sama.

Keith mengakui sudah lama tidak beraya dengan Skylar.

Keith mengakui sudah lama tidak beraya dengan Skylar.

"Tidak ada apa yang berlaku antara kami. Saya dan anak baik-baik sahaja," katanya kepada mStar.

Keith menjawab perkara itu selepas bekas isterinya meninggalkan komen di Instagram miliknya mendakwa sudah lama tidak menerima mesej daripada pelakon itu untuk bertemu anak mereka.

Pelakon itu menerusi hantaran berkenaan meluahkan rasa rindu terhadap Sky selepas beberapa tahun tidak dapat meraikan Tahun Baru Cina dan Hari Krismas bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Keith Foo jaga hubungan baik dengan bekas isteri, ketepi ego demi anak... "Jangan bawa mereka masuk konflik"

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra berpelukan siap pegang tangan... Keith Foo mengaku sudah lama kenal Tiz Zaqyah

Menjawab tentang komen Kim, Keith menjelaskan hubungannya dengan wanita itu juga berada dalam keadaan baik dan tiada masalah.

Kata Keith, spekulasi yang ditimbulkan netizen berkaitan komen Kim itu juga disifatkan sebagai perkara biasa.

"Saya dan bekas isteri juga tidak mempunyai sebarang masalah. Semuanya baik-baik sahaja.

"Bagi saya spekulasi yang dibuat netizen adalah perkara biasa. Jika tiada spekulasi hidup kita jadi hambar pula kan," ujarnya.

Untuk rekod, Keith dan Kim berkahwin pada November 2015 namun pasangan ini bercerai pada Disember 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain