suria

Pernah derita kanser rahim, Mak Jah bersyukur tidak minta bantuan orang... Pesan rakan artis bijak urus kewangan

Mak Jah titip pesan kepada rakan artis akan pentingnya menyimpan wang.

PELAKON Mak Jah tidak pernah menyangka berkat menyimpan wang simpanan dapat membantu membiayai penyakit kanser rahim yang dihidapinya sekitar 11 tahun lalu.

Menurut Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 75, selama ini dia tidak terfikir wang simpanan yang mahu digunakan untuk hari tua rupa-rupanya akan digunakan untuk rawatan kanser.

Kata Mak Jah, dia bersyukur kerana dapat menanggung sendiri segala kos perubatan tanpa meminta bantuan orang lain.

"Dulu saya simpan duit kerana memikirkan untuk digunakan ketika hari tua tetapi tidak terfikir pula diuji dengan penyakit.

makjah1 - 1

Mak Jah mengamalkan menyimpan wang sejak bekerja.

"Saya terfikir daripada saya meninggal dunia duit itu tidak digunakan sebaiknya, lebih baik saya guna untuk membiayai rawatan perubatan.

"Saya tidak minta bantuan pada sesiapa pun. Saya bersyukur dapat menguruskan semuanya dengan duit saya sendiri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Jah mendedahkan dia pernah menghidap kanser rahim pada 2013 dan mengalami kemurungan selepas didiagnos penyakit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor hadiah Mak Jah kerusi roda elektrik, siap bagi belanja RM500 sebulan!

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar bergerak dan hidap kencing manis, Mak Jah terpaksa tolak ‘job’ lakonan... Kini bergantung bantuan biayai perubatan

Bagaimanapun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan anak-anak, aktres berkenaan akur dengan dugaan yang diberi dan mengikuti segala nasihat perubatan diberikan oleh doktor.

"Apabila saya disahkan menghidap kanser rahim, saya murung juga dalam masa sebulan. Banyak saya ikhtiar untuk pergi berubat.

"Doktor memberi beberapa saranan untuk berubat dan anak saya mengizinkan untuk saya melalui semua prosedur rawatan yang diberi.

Saya kena ingatkan kawan-kawan saya untuk menyimpan duit.

MAK JAH

PELAKON

"Pada waktu itu anak-anak saya bukanlah ada simpanan sangat. Jadi waktu itulah simpanan saya yang berjumlah puluhan ribu digunakan," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer ini sempat menitipkan pesan buat rakan-rakan artis untuk tidak boros berbelanja dan membuat simpanan wang.

Kata Mak Jah, sebelum bergelar pelakon lagi dia sudah mula membiasakan diri menyimpan wang ketika dirinya bekerja sebagai seorang jurusolek.

"Saya kena ingatkan kawan-kawan saya untuk menyimpan duit. Enjoy itu boleh tetapi jangan terlalu boros.

"Ketika badan kita masih sihat memang kita boleh mencari duit. Apabila semakin tua seperti saya umur sudah 75 tahun, makin tua ada pelbagai penyakit lagi banyak nak pakai duit.

makjah2 - 1

Mak Jah kini berada dalam keadaan kurang sihat.

"Macam saya dulu pernah bekerja sebagai jurusolek artis dan seterusnya menjadi pelakon, saya buat semua kerja dan Alhamdulillah kalau tak banyak pun saya tetap ada wang simpanan sendiri," katanya.

Sebelum ini Mak Jah mendedahkan dirinya sudah tidak mampu untuk menerima tawaran berlakon gara-gara kesihatan tidak mengizinkan.

Kata Mak Jah, kali terakhir dia terlibat dalam penggambaran drama adalah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Keadaan kakinya yang sudah tidak kuat membuatkan dirinya sukar untuk bergerak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain