KETIKA rumah tangganya sedang menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen, Misya Mazlan tetap tenang menjawab soalan berkaitan hal peribadinya. Malah Misya atau Umisya Mazlan, 25, sempat bergurau apabila ditanya sama ada mempunyai sebarang perancangan menambah zuriat ketiga bersama suaminya iaitu Ahmad Aslam. Secara berjenaka, Misya bertanya kembali soalan ditanya tentang tiga yang dimaksudkan yang seolah-olah merujuk kepada lelaki berkahwin tiga. "Tiga yang mana tu kak? Yang nombor tiga ehem ke atau anak nombor tiga?," katanya. Misya berkongsi pengalaman melahirkan anak. Misya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun aplikasi TikTok @eaisyah_listra. Menerusi perkongsian video berkenaan, Misya dilihat sedang disolek sebelum dipercayai terlibat dalam sebuah sesi fotografi. Misya memberitahu dia masih mempertimbangkan sama ada mahu menambah bilangan cahaya mata bersama suami. "Saya masih pertimbangkanlah kalau ada tu Alhamdulillah. Tapi apa-apa pun masih merancanglah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah ARTIKEL BERKAITAN: Duduk makan semeja dengan isteri pertama, kelibat Aslam jadi perhatian Dalam pada itu, Misya sempat berkongsi pengalaman melahirkan anak sulungnya pada usia 21 tahun. Kata Misya, sepanjang tempoh kehamilan dia tidak mengalami alahan teruk malah pada awalnya tidak menyedari dia sedang hamil. "Alhamdulillah saya kan kahwin dalam usia muda sewaktu umur 21 tahun. Mula-mula tu rasa macam eh boleh ke saya jadi mak ni... Boleh ke nak membesarkan anak. "Tapi dalam masa yang sama saya gembira. Alhamdulillah sewaktu mengandung kedua-dua anak saya tidak mengalami alahan mabuk atau mengidam sebab saya tidak perasan pun saya sedang mengandung," ujarnya. Marissa didakwa sudah bernikah dengan Aslam. Ceritanya lagi, ketika bersalin anak sulungnya Hud, dia tidak ditemani suami memandangkan ketika itu negara dalam tempoh pandemik Covid-19. Malah masalah diabetes dihadapi ketika hamil turut menyebabkan dia terpaksa bersalin lebih awal daripada jangkaan. "Sewaktu saya melahirkan anak pertama waktu itu dalam tempoh pandemik Covid-19. Suami tidak boleh teman bersalin. "Sebenarnya saya masuk hospital bukan atas sebab dah sampai due date. Sewaktu mengandung saya ada kencing manis. "Tiba-tiba malam itu juga sudah terbuka bukaan. Kiranya saya pun belum cukup bersedia persiapan mental nak bersalin," katanya. Pada 7 Februari lalu, nama Misya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila lelaki itu didakwa bernikah dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania. Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu. Misya kekal tenang biarpun didakwa sedang berdepan kemelut rumah tangga. Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai. Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah. Aslam dan Misya mempunyai dua cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun. Sehingga kini, Marissa atau pun Aslam memilih mendiamkan diri berhubung dakwaan sudah berkahwin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!