suria

Sayu hati ibu tengok Qistina Raisah berterusan kena kecam, netizen asyik ungkit cerita lama

Ibu Qistina sedih melihat anaknya masih menerima kecaman netizen.

GARA-GARA sering terpalit dengan kontroversi panas sebelum ini, pelakon Qistina Raisah sehingga kini masih lagi menerima kecaman daripada netizen yang memandang serong terhadap aktres berkenaan.

Sedih dengan apa yang berlaku, ibu kepada Qistina iaitu Roszana Aminuddin berkata banyak hal positif yang dikongsi oleh remaja berusia 16 tahun itu namun ia tidak pula menjadi bualan netizen.

"Sejak daripada kontroversi dikatakan tidak bersekolah, kesan negatif yang diterima Qistina sehingga hari ini. Padahal dia bukan tidak pergi sekolah, cuma dia melalui proses pembelajaran secara home school.

Roszana meluahkan rasa kecewa di Instastory miliknya.

Roszana meluahkan rasa kecewa di Instastory miliknya.

"Bila lihat dia dikecam hati ini sayu dan sedih. Sebagai ibu saya terkilan. Apa sahaja yang Qistina muat naik di media sosial, semuanya dikecam.

"Orang terus mengkritik tapi kasihan pada Qistina daripada umur tiga tahun berdikari, bekerja tanggung keluarga orang tak pandang pun. Orang tak nampak kesusahan dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, Roszana memuat naik sebuah hantaran di Instastory meluahkan rasa kecewa dan meminta netizen untuk tidak membeza-bezakan Qistina dengan anak orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Qistina Raisah seronok jadi model ‘runaway’, tolak tawaran jika perlu tampil seksi... "Pakai baju dalam saja tidaklah!"

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kasihan tengok Qistina Raisah, emosi terganggu kerana fitnah... Sudah hubungi Bell Ngasri jelaskan salah faham

Kata Roszana, apa yang lebih mengejutkan individu yang memberikan kecaman terhadap anaknya itu adalah golongan dewasa yang disifatkan lebih berakal.

"Saya sedih dengan penilaian manusia yang dirasakan tidak sepatutnya. Malah netizen yang memberi kecaman itu juga tidak pernah berjumpa atau mengenali anak saya.

Bila lihat dia dikecam hati ini sayu dan sedih. Sebagai ibu saya terkilan.

ROSZANA AMINUDDIN

IBU QISTINA RAISAH

"Orang yang memberi kecaman itu pun golongan dewasa di mana bagi saya ia adalah satu perkara yang menyedihkan.

"Mereka pun sudah mempunyai anak dan keluarga. Kita pun belum tentu tahu lagi apa yang terjadi pada keluarga kita nanti," ujarnya.

Sebelum ini, nama Qistina menjadi bualan hangat apabila terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan kenyataannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain