suria

[V] Slam digelar band kampung... Zamani tak kecil hati, bangga lagu evergreen sehingga kini

Dari kiri: Shah, Zamani, Man, Eddie dan Lili.

VOKALIS Slam iaitu Zamani tidak berkecil hati sekiranya kumpulan mereka dilabelkan sebagai band kampung.

Zamani atau Zamani Ibrahim, 54, juga tidak kisah sekiranya ada netizen berpendapat Slam hanya terkenal dengan lagu-lagu tangkap leleh atau disebut sebagai lagu leman.

Malah dia berbangga dengan konsep lagu yang disampaikan oleh kumpulannya itu dan peminat juga masih mendengarkan karya mereka sehingga kini.

slam4 - 1

Zamani tidak kisah digelar band kampung.

"Tidaklah, kami tidak berkecil hati kerana konsep lagu kami memang begitu. Tak kisahlah orang nak kata lagu 'leman' (lagu mendayu-dayu).

"Sudah hampir 30 tahun kami membawakan konsep lagu seperti ini jadi kami bangga dengan lagu-lagu kami sendiri.

"Sampai sekarang lagu-lagu Slam masih diterima peminat. Jadi bagi saya gelaran band kampung itu tidak menjadi masalah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Slam tak puas hiburkan peminat, bakal anjurkan konsert 'Nurkasih' Ogos depan

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Zamani meningkat 80 peratus, ada sebab elak bercakap dengan orang sebelum naik pentas

Zamani berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert sulung kumpulan Slam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang diadakan di DFP Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, pemain gitar utama kumpulan Slam iaitu Shah memberitahu lagu-lagu nyanyian mereka sememangnya dekat dengan masyarakat berbangsa Melayu.

Sebagai pemuzik, Shah berkata mereka cuba membuat susunan muzik sebaik mungkin setanding dengan lagu-lagu baharu yang mendapat perhatian pendengar.

Sudah hampir 30 tahun kami membawakan konsep lagu seperti ini, kami bangga dengan lagu-lagu kami sendiri.

ZAMANI

VOKALIS SLAM

"Tak mengapalah, memang selalu orang-orang kampung yang dengar lagu-lagu kami. Sebenarnya lagu kami ini memang dekat dengan orang Melayu.

"Walaupun ada lagu-lagu moden atau rap pun mungkin setahun dua orang boleh dengar tetapi lama-kelamaan pendengar tetap berbalik kepada lagu-lagu Melayu ini.

"Tak kisah pun kalau nak kata lagu-lagu kami lagu kampung. Tapi sebagai pemuzik kami cuba untuk membuat susunan muzik yang lebih baik bagi setanding dengan lagu-lagu yang ada di pasaran sekarang," ujarnya.

slam1 - 1

Lagu-lagu Slam masih diminati sehingga kini.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila pengacara Uyaina Arshad menghadiri konsert UK'Slam Musical yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 3 Februari llau.

Bagaimanapun, ada individu yang melabel pengaacara itu sebagai 'kampung' kerana menghadiri konsert berkenaan.

Uyaina bagaimanapun tidak berkecil hati dan mengakui dirinya berasal dari kampung di Perak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain