suria

Hasrat Aliff Syukri rakam lagu raya terbantut, kepala anak berdarah kena bucu tangga

Aliff batal hasrat rakaman lagu kerana Raudah alami luka di kepala.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik mencemaskan apabila anaknya iaitu Raudah Arshiyah mengalami kecederaan di kepala selepas terkena bucu tangga.

Gara-gara hentakan pada bucu tajam itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata kepala anaknya berdarah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

"Nak dijadikan cerita ketika saya nak balik kerja, saya memang suka rekod video sebab nak tengok momen anak-anak datang dan berlari memeluk saya baru balik kerja.

size NP 1 (34)

Aliff dan isteri cemas lihat anak perempuan mereka sedang menahan kesakitan.

"Tapi jadi sebaliknya... saya terkejut tengah rekod video, isteri saya menjerit tengah masak, rupanya Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam dan darah memancut macam air paip.

"Nasib baik tak kena mata, masa tu lintang pukang saya dan isteri bawa ke hospital. Waktu tu Allah saja tahu betapa takutnya saya," katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Aliff berkata doktor yang merawat anaknya memberitahu luka berkenaan hampir terkena pada bahagian tulang kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri rakam lagu raya... Ibu minta jangan ajak orang buat fitnah, isteri pula risau pendengar kemurungan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri takut dengan kematian... sudah kurang bersosial, mula solat jemaah bersama keluarga

Disebabkan insiden itu, penyanyi ini juga memberitahu dia terpaksa membatalkan rakaman single terbaharu lagu rayanya yang sepatutnya dilakukan pada malam tersebut.

"Doktor cakap kulit kepala dan juga daging sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala.

"Terus saya hentikan hasrat untuk rekod lagu raya... sepatutnya malam tu ada recording lagu tapi tidak jadi, kenapa ya jadi semua ni," ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meminta supaya Aliff menghentikan hasrat untuk merakamkan lagu raya pada tahun ini.

sepatutnya malam tu ada recording lagu tapi tidak jadi

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

Malah, ada yang berpendapat ini merupakan petanda Aliff tidak meneruskan niatnya itu.

"Maknanya jangan teruskan lagu raya tu Datuk, bahaya takut orang lain pulak cedera nanti.

"Jangan teruskan buat lagu raya tu Datuk bimbang takut Datuk pula cedera nanti.

"Itu tandanya Datuk kena berhenti menyanyi, ada hikmah apa yang berlaku, semoga dipermudahkan segalanya untuk Datuk dan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain