PERKONGSIAN video mengenai keindahan seni bina campuran Islam dan Sepanyol di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dituduh memasuki sebuah gereja. Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, berkata, bangunan tersebut sememangnya kelihatan seakan-akan gereja namun ia sebenarnya merupakan sebuah institut ilmu tamadun Islam yang terletak di belakang Masjid Zabedah, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. "Nampak macam gerejakan? Tempat ini ialah Islamic Study Hall dekat Bukit tunku di belakang Masjid Zabedah. Ryzal berkongsi pengalaman ke pusat pemikiran Islam di Instagram. "Set up tempat ini nampak macam meragukan tapi bila sudah sampai ia lebih kepada islamik. "Memang nampak ada unsur seni bina Sepanyol dan Islamik, setiap ruang dinding dan pintu masuk boleh nampak unsur berkenaan," katanya. Ryzal berkongsi mengenai perkara itu di Instagram miliknya baru-baru ini. Walaupun sudah menjelaskan secara terperinci tentang ISTAC, namun masih ramai netizen berfikiran sempit dengan mengatakan personaliti media sosial itu menipu dan bangunan itu merupakan bekas gereja. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan hina B40”... Niat Ryzal Ibrahim buat video lawak untuk sedarkan masyarakat, tak rasa perlu minta maaf ARTIKEL BERKAITAN: Dari gereja, masjid, muzium, kini Hagia Sophia bertukar status jadi masjid semula... laungan azan pertama disiarkan semua saluran berita utama Turki! "Mungkin dulu asal bangunan gereja dan diambil alih, jadi perabot serta susun atur tak diubah sebab nanti rugi. "Dulu kawasan itu zaman British jajah dan mula bertapak. "Betul bekas gereja, tempat belajar agama duduk kerusi seakan-akan gereja, macam pelik. Lagipun tiada meja. "Kenapa dibuat macam gereja? Mungkin saya orang kampung bila tengok macam ini rasa sesuatu," antara komen netizen. Akhir zaman, ramai yang jahil nak tunjuk pandai. Perangai jahil ini ubat dia pendidikan tapi kalau malas susah sikit NETIZEN Bagaimanapun ramai tampil mempertahankan Ryzal selain meluahkan rasa kecewa dengan pengetahuan am rakyat Malaysia yang dianggap cetek sehingga tidak menyelidik sebelum meninggalkan komen. Apatah lagi pada era teknologi hari ini semua maklumat boleh diakses dengan mudah tetapi masih ada memilih menjadi jahil. "Fasal seni bina pun nak gelabah. Puak-puak ini agaknya kalau ke Eropah, Turkiye mahu terbeliak biji mata tengok bangunan institusi Islam dekat sana... Belum lagi ke Beijing tengok masjid macam pagoda, terus terbakar la kot! "Sepatutnya zaman teknologi internet kita sudah maju ke depan. Benda boleh baca atau Google kalau tak tahu. Makin mundur pengetahuan orang Malaysia. Struktur dalam ISTAC yang menjadi pertikaian segelintir netizen. "Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tak kenal? "Akhir zaman, ramai yang jahil nak tunjuk pandai. Perangai jahil ini ubat dia pendidikan tapi kalau malas susah sikit," komen netizen. Untuk infi, bangunan dan hiasan dalaman ISTAC diinspirasikan daripada seni bina Andalusia-Maghribi. Seni bina ini dipiluh sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu. Institut berkenaan didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!