suria

Jodoh ketentuan Allah, Raf Yaakob tak tolak kembali bersatu dengan Mawar Rashid

Raf sedia terima kembali Mawar sebagai isteri.

BEKAS suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob tidak menolak sekiranya mereka kembali bertemu jodoh selepas mengumumkan perceraian pada 23 November tahun lalu.

Kata Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, dia juga sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan calon yang terbaik buatnya di masa akan datang.

"Soal jodoh semuanya ketentuan Allah. Apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh baik-baik.

raf yaakob 2

Raf dan Mawar umum perceraian pada November tahun lalu.

"Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia (Mawar), maka dialah orangnya. Namun jika Allah kata bukan, maka bukanlah dengan dia," katanya.

Raf mengulas perkara itu dalam temu bual bersama program Melodi yang bersiaran pada Ahad lalu.

Ini juga merupakan yang pertama kali Raf buka mulut soal perpisahan dia dengan Mawar kerana sebelum ini kedua-duanya lebih selesa mengunci mulut berkaitan hal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Move on’ tanpa toleh ke belakang cara Raf Yaakob hadap perpisahan, serah perjalanan hidup 100 peratus kepada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman... Jaga hubungan baik demi anak-anak

Menurutnya perpisahan yang terjadi antara mereka bukan disebabkan orang ketiga dan hubungan dia bersama Mawar masih baik selepas bercerai.

"Saya ingin terangkan di sini bahawa perceraian kami bukanlah disebabkan orang ketiga. Saya tiada orang ketiga dan begitu juga dengan Mawar.

"Allah sudah kata jodoh kami setakat ini saja, jadi saya reda dan terima ujian dengan hati terbuka.

Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia (Mawar), maka dialah orangnya

RAF YAAKOB

"Alhamdulillah, hubungan saya dengan bekas isteri baik-baik saja. Selepas bercerai, tiada siapa yang keluarkan sebarangan kenyataan," ujarnya.

Tambah adik kepada selebriti cef Datuk Fazley Yaakob ini, dia dan Mawar kini lebih fokus untuk membesarkan anak-anak mereka bersama dengan baik.

"Selepas bercerai, tiada sebarang pergaduhan membabitkan anak-anak. Kami sangat fleksibel soal anak-anak.

raf yaakob 3

Raf dan Mawar jaga hubungan baik demi anak-anak.

"Apa yang penting sekarang, saya mahu fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri," jelasnya.

Untuk rekod Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain