suria

Aril Pilus buat ‘comeback’, promosi semula diri sebagai penari shuffle dalam lagu ‘Tak Sempurna’

Aril kembali merakamkan lagu baharu.

KEBANGKITAN semula trend tarian shuffle memberi ilham buat penyanyi Aril Pilus untuk tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Tak Sempurna.

Sebagai seorang yang pernah aktif dalam seni tarian jalanan ini, Aril atau Khairil Azam Pilus, 38, mahu ia kembali menjadi satu aktiviti bermanfaat kepada anak muda.

Justeru lagu ini diharapkan dapat memberi semangat untuk mereka yang meminati aktiviti ini untuk serlahkan bakat mereka.

aril pilus 3

Aril mahu rancakkan kembali tarian shuffle.

"Baru-baru ini tular di media sosial dimana trend tarian shuffle kembali diminati, saya dahulunya seorang shuffler dan ada pengikut ramai di dalam serta luar negara.

"Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menghasilkan sebuah karya berentak pop EDM dan berhasrat menghasilkan festival EDM.

"Lagu ini membawa maksud kebangkitan semula, sentiasa berjalan mara ke hadapan, apabila kita jatuh, bangkitlah semula dan jangan menyerah kalah kerana kita semua tidak sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan kedua isteri Aril Pilus diuji lagi, alami pendarahan selain masalah cyst

ARTIKEL BERKAITAN: Gembira dalam duka... Isteri Aril Pilus masuk ICU selepas bersalin anak kedua

"Walaupun rancak, liriknya lebih memberi motivasi dalam membangkitkan semangat," katanya.

Dalam masa sama menurutnya kali ini juga sebagai tanda kemunculan semula dalam indusrti muzik setelah sekian lama tidak merakamkan lagu baharu.

Mula menjalani sesi rakaman sekitar Julai tahun lalu, Aril turut berkerjasama dengan komposer yang betul faham akan kehendaknya dalam mengetengahkan muzik EDM.

aril pilus 2

Lagu Tak Sempurna juga mendapat sentuhan rakan yang faham muzik EDM.

"Saya anggap lagu ini ibarat kemunculan semula dalam industri muzik. Bukan bagi saya sahaja, malah untuk komuniti tarian shuffle serta penggemar muzik EDM.

"Tidak ramai yang memahami konsep muzik EDM ini dan yang menjiwainya sahaja akan faham. Saya turut menjemput penyanyi rap tanah air, Nigel Sparks untuk menambah rasa ke dalam karya ini dan hasilnya amat memuaskan hati," ujarnya.

Lagu ini merupakan ciptaan bersama komposer Justin Seow dan liriknya ditulis oleh Asyraf Nasir.

Aril juga mengharapkan lagu ini diterima baik dalam kalangan peminat selain kembali menaikkan namanya sebagai seorang penari shuffle.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain