PENYANYI dan pelakon Naim Daniel berpendapat pakaian yang digayakan dengan cerminan tertentu bukan penentu pendapat atau tindakan mereka sentiasa tepat.Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, sebaliknya berkata, penanda aras itu tidak adil kepada mereka yang menjalankan tanggungjawab dengan baik dan amanah. "Tak pukul rata tapi bila orang salahgunakan imej berjubah untuk membutakan mata orang lain hanya kerana pakaian disarungkan, jadi tak adil.Ciapan Naim di aplikasi X tentang orang berjubah."Benda itu jadi tidak baik terutamanya buat mereka yang memang menjalankan tanggungjawab dengan baik serta penuh amanah," katanya kepada mStar.Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran Projek: Exit di Kuala Lumpur baru-baru ini.Sebelum ini, Naim ada meluahkan perkara sama menerusi aplikasi X miliknya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Semua pekerjaan bermula dari sekolah, Naim Daniel bengang influencer anggap SPM tiada ‘value’ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun ada cela” - Naim Daniel sedar diri tidak sempurna, tak mahu lagi terlalu lantang bersuaraDalam pada itu, Naim menjelaskan untuk seseorang berbuat baik tidak semestinya perlu mengenakan pakaian tertentu sebaliknya ia berbalik kepada sikap dan keperibadian seseorang.Malah kata Naim, menjadi satu kerugian bagi mereka yang menggunakan pakaian dan agama untuk menutup kekurangan diri kerana lambat laun karakter sebenar mereka akan terbongkar."Tidak semestinya seseorang itu boleh tutup kesalahan dengan pakaian mereka."Pakaian yang ditonjolkan sepatutnya selari dengan keperibadian seseorang, tanggungjawabnya juga berat. Saya rasa tak perlu pakai jubah pun masih boleh berbuat baik,NAIM DANIELPELAKON DAN PENYANYI"Kalau rasa susah, jangan buat sebab orang macam saya pun akan dipersoalkan, apatah lagi kalau taraf agamawan," jelasnya.Penyanyi lagu Purnama itu bagaimanapun menyangkal dia anti kepada ahli agamawan sebaliknya melontarkan pandangan selepas melihat ada segelintir individu menunggang agama."Saya bukan anti agamawan malah ustaz Don adalah antara orang yang saya hormati. Dia seorang kawan yang baik serta mempunyai penampilan dan keperibadian yang seiring.Antara babak lakonan Naim di dalam drama Projek: Exit."Saya rasa tak perlu pakai jubah pun masih boleh berbuat baik," katanya.Dalam perkembangan lain, Naim merupakan salah seorang pelakon drama terbaharu terbitan Astro Shaw iaitu Projek: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.Drama enam episod yang sedang menjalani penggambaran itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Sasha Abedul, Nabila Huda dan Kimberly Chua.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!