suria

Ali Puteh menangis kenang fitnah terhadapnya, anak pula kena ejek di sekolah - “Bapa kau makan harta anak yatim”

Ali kesal anaknya terkena tempias kerana kemelut bersama Hidayah.

PELAWAK Ali Puteh hilang sabar apabila netizen tetap mengecam dan memfitnahnya berikutan kemelut di antara dia dengan kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah yang masih belum menemui titik noktah.

Kata Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, dia kesal dengan tohmahan dilemparkan terhadapnya sehingga mengalirkan air mata ketika bersiaran langsung.

Dalam nada sebak, Ali berkata anaknya juga terkena tempias apabila diejek sebagai anak kepada pemakan harta anak yatim.

553 (4)

Isu Ali dan Hidayah masih berlarutan sehingga ke hari ini.

"Bayangkan anak saya pergi sekolah orang ejek ‘bapa kau makan harta anak yatim’.

"Saya jual sambal elok-elok, tak kacau orang dan berniaga dengan isteri saya. Ada yang kata saya pakai duit anak yatim untuk berniaga. Astaghfirullahalazim.

"Orang tak faham, sebab tu orang bercakap. Itu sebab saya kata berhenti bercakap sebab ia salah," katanya.

Perkara tersebut diluahkan Ali di siaran langsung di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh dituduh guna duit orang buat modal berniaga, minta wanita tampil bersemuka atau berdepan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan gitu Hidayah... Duit faraid dah masuk akaun, hutang kalah mahkamah je belum” – Ali Puteh

Sementara itu, Ali juga memaklumkan dia menghormati perintah mahkamah berkenaan tanggungjawab terhadap anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun.

"Orang tanya saya, ‘anak arwah tu tanggungjawab dan anak saudara’.

"Saya dapat surat hadanah dari mahkamah, kami tak boleh nak ambil anak tu tanpa sebab," ujarnya.

Bagaimanapun, Ali tetap menghargai isterinya yang banyak membantu menyelesaikan bayaran saman terhadap Hidayah.

553 (5)

Ali Puteh kesal apabila anaknya terkena tempias akibat kemelutnya dengan kakak ipar.

"Saya menangis dekat bucu katil, dia kata ‘tak apa aku ada, kalau tak cukup duit kita gadai barang kemas. Tak apa kereta aku pun ada, jom kita pergi jual’," katanya.

Terdahulu, Ali menyatakan dia kini sedang berusaha untuk melangsaikan bayaran tersebut dengan menjual motosikal dan mengumpul wang menggunakan hasil jualan sambal.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain